Jiwa Penuh Chenta

Monday, April 05, 2010

Selamat Datang Si Kecil Adam




muahhhhhhhhhhh ciuman pertama dari Mak Long.. hoho.. (ni bukan pic sebenarnya Si Kecil Adam) aku sendiri tak dapat nak tengok dia sebabkan jarak ni terlalu jauh untuk aku dukung Si Kecil itu.. 

kenapa Si Kecil Adam?? kerana ia baru saja lahir ke dunia pada 5hb April 2010.. jam aku not sure... tapi my mum msg 6.20 pagi.. hehe Si Kecil Adam, mak long lahir pagi juga tapi jam 5.00 pagi sumthing jatuh 20hb Disember 1986. oh ye, nama nya pun aku tak tahu lagi .. jadi aku titipkan nya sebagai Si Kecil Adam aku...



Si Kecil Adam, andai kamu tahu atau tidak.. sepanjang kamu dalam kandungan ibu mu, kehadiran dinantikan oleh ramai orang, dan salah seorangnya adalah Mak Long sendiri... hurm.. 

Selamat datang sayang ke alam dunia.. ke alam yang penuh cabaran dan onak duri.. sungguh kamu masih kecil untuk membaca coretan ini.. Mak Long coretkan atas nama kasih dan sayang.. walaupun kamu belum Mak Long temui rasa sayang itu sudah ada disanubari.. Ia datang dari hati... Jaga diri baik-baik sayang.... jadi anak yang soleh, mendengar kata dan
hati perlu kuat, jiwa perlu tabah, akal perlu waras, badan perlu gagah, doa berlipat ganda, berserah dan tawakal padaNYA....

Di sini Mak Long titipkan sedikit pesanan untuk mu ....

Adam... 
 Untuk ku merasai persis perasaan ibu, 
Pasti takkan ku mampu kerana dia seorang ibu, 
Sedangkan aku belum merasainya.
 
Adam...  
Andai kau fikir isteri dan anak, 
Adalah amanah buatmu. 
Maka kau juga harus ingat,  
Ibu mu juga adalah tanggungjawab,
Selagi hayat mu.
 
Lupakah kau amanat junjungan?  
"Siapa yang perlu kau taat selepas Allah dan Rasul?"
Baginda menjawab,
"ibumu" "selepas itu?" "ibumu" "selepas itu?" "ibumu"


Adam...
Tahukah engkau,
Ibu mu tetap yang utama,
Meskipun kau sudah beristeri tiga.

Ibu mu bukanlah sangkar lebah,
Habis kau tagih madunya seusia kecilmu,
Dan sisanya kau buang entah ke mana.

Adam...
Ibu mu adalah insan mulia,
Yang membawamu bersamanya 9 bulan,
Yang bertarung nyawa melahirkanmu.

Adam...
Ujian Tuhan kepada semua insan  
Adalah kehidupan ini  
Yang baik menjadi tuntutan 
 Yang buruk dijauhkan 
Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

 semoga Si Kecil Adam jadi anak yang soleh dan mendengar kata...

dengan penuh kasih sayang,

 

No comments: