Jiwa Penuh Chenta

Wednesday, March 02, 2011

Untuk AKU.. dan dah tentu BUKAN untuk KAU..

received mesage dalam facebook...
Mama tulis nih.. masa mama tulis ni aku bizi nak ambik kuiz.. jadi aku baca sekali imbas.. bila semua dah setle, baca balik.. duk diam.. huh!! er... er... aku tengah emo... korang la baca.. hayati la eh...

"Menatap wajah anak ini

entah mengapa hati menjadi sayu..

sebagai anak
,

dia terlalu baik kerana bisa memahami bahasa duka seorang ibu

sebagai anak yang masih belum cukup dewasa

dia seakan turut memikul beban jiwa

resah dan duka lipatan hati ibu

Sebagai anak
,

dia tidak pernah meminta lebih dari seorang ibu

tidak pernah meminta yang ibu tidak mampu

tidak pernah membentak

jika keinginan tidak tertunai

sebagai anak, jiwanya terlalu luhur


sebagai anak, dia berjiwa besar

sebagai anak, dia berkorban hati dan perasaan
demi merelakan sebuah kebahagiaan

sebagai anak yang meniti usia remaja


dia telah mula menampakkan kedewasaan sebenar

tiap pilihan hatinya seakan

mencerminkan pilihan hati ibu juga

atau mungkin memilih bukan dengan kerelaan hati

memilih atas nama terpaksa

tetapi hati anak ini rela

asal insan sekeliling bahagia

menjadi seorang anak ini dan


berada di tempat anak ini

sebenarnya tidak mudah

keimanan, kehalusan jiwa, kekuatan emosi

menjadi benteng kekuatan diri

anak ini sebenarnya nadi kekuatan ibu


anak ini tulang kekuatan ibu

anak ini degup nafas ibu

anak ini adalah nyawa bagi ibu"


dah baca...???? baca tak aku ayat2 yang aku besarkan tuh.. baca tak yang ayat aku potong tuh?? BACA tak?!!! 

kau ingat senang nak jadi aku... ada yang bercita-cita nak jadi aku?? hidup selama 25tahun dengan berkorban hati dan perasaan ASALKAN orang sekeliling BAHAGIA.. kau sanggup??? kalau kau tak sanggup jangan BANGGA jadi macam aku!!!

bukan senang.. thanks mama.. besarkan dan didik along selama nih.. walaupun akat luar ku ni agak kasar tingkah laku dan pertuturan.. tapi dalam rumah.. aku la manusia paling suka menangis.. sebekkk!!

sayang Mama....

 


2 comments:

HONEYmadu said...

sadis...
=(

Illyani Ismail said...

alololo...

chillll... hehe that my life gurl..