Jiwa Penuh Chenta

Sunday, March 27, 2011

Minyak Wangi Kamu

ada mahkluk tuhan ni sejak-sejak aku putus kawan dengan dia.. dia selalu kata aku otak tak de.. pemikiran tak seperti orang degree.. apa la sangat dengan sekeping kertas tu kan.. aku selalu fikir, kenapa dia kata aku tak de otak.. selalu fikir apa masalahnya dengan pemikiran aku.. tapi itu kejadian lepas.. dah lepas, tak kan nak ulang.. dia kata dia ada deria rasa.. kalau aku tulis ni pun aku rasa dia leh rasa.. dia kan hebat. tak pe, aku cuma nak guna ayat kau sebagai mukadimah, tak de apa yang aku nak kata kan kau.. cuba ayat kau je selalu terngiang-ngiang kat telinga aku dan bayangan otak aku...

kes budak nak bunuh diri kat KB Mall tuh.. berita kata dia umur 20an.. ada berita lain kata dia gagal SPM.. ada berita kata teman lelaki dia nak putuskan hubungan.. dalam video yang aku tengok.. siap dia bawak pisau lagi.. laporan berita mengatakan dia dah kelar tangan dia.. kalau aku salah, sila betulkan... cuba kau bandingkan aku dengan dia.. kalau betul dia tak lulus SPM.. apa beza kami?? aku gagal SPM.. aku pernah putus cinta.. sapa yang tak de otak sekarang.. aku ada diploma.. bakal dapat degree.. insyallah.. sapa yang cetek fikiran.. dan aku pelik kenapa orang selalu cakap "belajar tinggi-tinggi tapi otak letak kat lutut" tapi that gurl.. yang try bunuh diri.. dengar cerita dia tak lepas SPM.. tak tinggi mana pun weh.. still otak letak kat lutut.. HIPOTESIS kau salah la weh.. aku tak suka orang banding-bandingkan orang lain hanya dengan sekeping kertas yang boleh terkoyak tuh... cukup anti manusia macam tuh...

lepas tuh yang alim warak.. mula la nak salahkan mak bapak.. mula lah kata tak beri didikan agama yang secukupnya.. dan kau dah lupa ke?? apa yang cuba buat sekarang.. kau sedar tak yang kau tu dah buka aib orang... hah sedar ke tak?? aku tak baik tapi aku cuba berubah jadi baik.. iman aku turun naik.. solat aku compang camping.. pengaruh dunia memang cukup kuat.. tambah-tambah kalau ia berkait dengan hal cinta.. dah tentu cinta dengan manusia.. aku bukan macam kau yang alim warak cinta kau yang lebih pada Tuhan.. aku akui disitu terbukti perbezaan kita.. disitu terbukti jurang kita.. tapi tadi aku ada terbaca ini;
"Senajis-najis anjing, empat kali Allah menyebut namanya di kalam-Nya. Menurut Hamka, ini kerana anjing berkawan dengan manusia baik. Begitu juga manusia. Biar sekotor mana kita, menghampiri orang yang baik turut terkena tempiasnya. Maka, walau sejahat-jahat temanmu itu, sentuhlah dia dengan kebaikan. Moga Allah tetap meredhainya."

aku jahat er.. tak aku kurang baik.. dari segi akhlak, dari segi pemakaian, dari segi tutur kata, dari segi yang pelbagai segi tiga, hexagon dan segalanya la... tapi aku cuba dekati kaum2 yang alim warak ni sebab dulu aku ingat uztaz cakap kalau kawan dengan orang jual minyak wangi tempias minyak wangi pun akan kena dengan kita.. so that y la aku kawan dengan korunk.. tapi hanya segelintir je leh accept aku seadanya.. tak pelah.. kau bukan Tuhan nak hukum aku.. aku nak masuk syurga ALLAH.. aku bukan nak masuk fulun binti fulun bukan nak masuk syurga fulan bin fulan.. dah korunk tak share minyak wangi korunk aku carik minyak wangi lain. faham?! 

kembali kepada yang hak.. kembali pada yang asal.. semakin aku jauh.. semakin KAU dekat.. semakin aku LUPA semakin KAU uji aku dengan benda yang aku tak mampu.. tapi KAU yang lebih tahu akan kemampuan aku... tapi aku semakin kering airmata.. aku semakin jadi manusia beku.. apa sebenarnya yang KAU cuba aturkan... 

segala-galanya seolah sedang berputar kembali.. silap aku dulu.. salah aku dulu.. seolah-olah kau putar kembali.. benarlah kata orang sekarang KAU bayar cash.. nah aku sedang alaminya.. sepanjang tahun 2011 aku sedang terima hukuman atas silap dan salah yang aku lakukan bertahun-tahun dulu. 

dan itu membuatkan aku mengalami kemurungan tahap dewa, hoh penat rupanya jadi penunggu.. tiba-tiba aku rasa aku kena rejek kali kedua la guys.. ... 

hukhuk... rejek?? kalau dah bukan jodoh... terima je la.. saya dah penat nih.... harap awak faham..

 

No comments: