Jiwa Penuh Chenta

Sunday, March 06, 2011

Perubahan??

manusia berubah, dari bayi sampai ke tua, yang nakal jadi baik, yang zalim jadi budiman, yang kurang jadi hebat, manusia berubah...

tapi aku tidak boleh terima bila manusia berubah dari kebiasaan.. baik jadi nakal, budiman jadi zalim, dan sebagainya... [owh, aku letak nilai aku disitu] aku jadi tak selesa bila perubahan itu tidak menurut pada pandangan aku.. hurm..

seperti contoh;
gambar ini


kepada yang ini


kan ke sejuk perut ibu yang mengandungkan kita selama 9bulan.. [kecuali aku; aku duk dalam perut mama 9bulan 2minggu]... tapi kalau ia terbalik...

dari ini


kepada yang ini
agak-agak korunk la kan.. pe masyarakat akan fikir.. kita tolak tepi dulu soal agama [walaupun hakikat kita hidup 24jam dengan agama] apa yang diorang fikir.. sapa yang diorang salahkan.. mak abah ke?? diri sendiri??

ntah la... aku tak nak cakap lebih2.. dosa aku pun tak tertanggung.. tapi rasanya dengan teguran ini dapat hapuskan dosa2 kecil aku..

even kau dah bernikah sekali pun aurat kau untuk suami kau.. aku akui, kadang2 tudung aku melayang gak.. kadang2 terfikir gak nak bukak tudung, tak mau pakai tudung dah.. nak jadi macam orang lain. konon. cuma semenjak dua menjak ni, aku sering terfikir.. sampai bila nak di takuk lama. masih dengan kekeliruan identiti, umur makin lama makin meningkat, amalan buruk makin bertambah, dosa tak pulak susut. pahala kadang2 langsung tak dibuat. fikir bukan aku tak fikir. tapi dunia lagi seronok kot.. betul tak?? dunia terlalu asyik..

hurm... kata Hilal;
Banyak dosa.
Banyak kelemahan.
Banyak kekurangan.
Banyak kecacatan.
Tetapi Allah bagi tanggungjawab.
...Allah bagi tugasan.
Allah bagi kuasa.
Allah suruh jadi Pekerja Dia.
Mesti usaha lagi. Biar jadi lebih kuat.
Biar boleh betul-betul pegang semua pemberianNya itu dengan lebih erat.
tahun ni tahun musahabah diri kot.. adakah petanda?!! hurm... taubat pun masih tertangguh.. ada hati nak fikir soal mati.. soal 5waktu pun masih celaru ada hati nak fikir soal mati.. dah cukup bekal amalan didada??.. solat diterima??..

bila aku lihat orang buat perubahan tapi perubahan itu tidak kekal lama. aku jadi takut nak lakukan perubahan.. aku tengok dia kembali kepada zaman dia mula-mula aku kenal dulu.. aku jadi kasihan kepada dia.. bertapa mudahnya dia berubah kembali kepada yang lama.


Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu. Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.



p/s: pesan pada diri sendiri, kalau tiba2 aku berubah biarlah perubahan itu arah kebaikan.. hati ni keras dan hitam.. semoga keras dan hitam itu beransur-ansur hilang... AMIN...

2 comments:

Emma Muzaffar said...

aku keliru dengan hati aku ...
sbb hati begini ,
mulut ku begini ....
tapi aku percaya mulut sbb die ikot ape yang aku rasa..
haha, kau paham tak ?

P/s : weii aku copt format belog kau itam putih, pastu the font kan buat aku rajin nar nak menulis.. vanggang kan! :p
k lah bye !

Illyani Ismail said...

hahaha shomel kan font dia.. ekeke tukar2 la... tapi nape ambil kaler tuh... haha ambil la...