Jiwa Penuh Chenta

Saturday, March 12, 2011

Thinking Of The Past melalui "there and then, here and now"

 
penat kan fikir hal yang lepas-lepas.. tapi hal yang lepas tu tak nak lepaskan kita.. atau kita sebenarnya tak nak lepaskan yang lepas tuh?? serius penat.. bila penat macam ni.. i need sumone yang boleh kita share.. yang boleh kita ngadu itu dan ini.. yang boleh DIAM bila kita cerita itu dan ini.. yang boleh SENYAP bila kita menangis.. really need this..

aku selalu fikir, aku boleh sendiri, aku boleh buat semua sendiri, aku seorang dalam keramaian, aku tak pernah rasa ada kawan yang betul-betul kawan.. dulu aku rasa aku bukan macam ni.. aku rindu aku yang dulu. aku jadi benci aku yang sekarang.

penat sangat bila tiba-tiba yang lepas-lepas tu muncul dalam kotak fikiran.. bila bayangan lama muncul kembali, mulalah segala ketenangan dirampas, mula menyepikan diri, mula baran tak tentu pasal, mula lepaskan segala tanggungjawab, sangat-sangat penat okey.. penat sangat.


people are tired of thinking of the past, so you should also forget it all

aku jadi manusia yang punya ego tinggi.. aku benci.. sungguh aku benci jadi aku yang sekarang.. aku tak kan tunduk, aku tak kan mengalah.. aku benci jadi macam ni.. aku benci..

kenapa aku jadi macam ni..
mungkin sebab makmal kaunseling yang aku jalani hampir setiap minggu, mungkin.

jiwa aku makin terkoyak this semester.. mungkin sebab aku perlu duduk dalam makmal yang bermain dengan emosi bukannya fikiran yang rasional.. sungguh!! jiwa yang aku dah tampal elok-elok, luka yang semakin kering, yang tinggal hanya parut.. bila di buka, dicarik, ia luka, terkoyak.. sangat sakit.. kadang-kadang aku takut nak zahirkan emosi di makmal beliau. takut jiwa aku tak disembuhkan.. fikiran selalu melayang bila dalam makmal beliau.. risau sekiranya tidak diubati, tidak disembuhkan.. benda yang aku dah simpan dalam alam tidak sedar aku.. tiba-tiba dibawa keluar.. benda yang aku dah redha, benda yang aku dah rasional semua perkara terjadi ada sebabnya.. melimpah ruah menunjukkan diri. berlumba-lumba untuk menyakiti hati aku.. benda yang aku simpan kukuh dalam setiap inci lipatan hati, dikorek satu persatu, sakit sangat.. [aku bukan lah jenis yang suka bercerita itu ini. dalam blog ni pun bukan semua yang aku cerita secara sempurna, ada cacatnya, ada kelirunya, ada lopongnya.. ]

"sakit sayang.. cik hati, kenapa kau begini.. cuba jadi cik fikiran sentiasa logik, sentiasa terbuka, sentiasa ceria.. tapi dengan cik hati, jiwa selalu menangis.. sakit sayang... sakit...." - monolog

kadang-kadang aku tak setuju bila segala2 perlu dikinikan [here and now] sebab jadi manusia yang punya emosi sangat lemah bagi aku.. biar lah orang nak kata nak jerit "kau ni pentingkan diri sendiri, kau ni hati kering, kau ni cakap macam tak da perasaan" biarlah.. sebab hati aku, aku yang perlu jaga.. supaya ia tak sakit... hanya ini yang aku ada untuk terus hidup, dan aku ada otak untuk kekal hidup..

"Tuan, maaf kalau saya tak mampu nak beri komitmen yang baik dalam makmal tuan, sebab saya sendiri berperang dengan perasaan saya. saya tak sejalan dengan Gestalt.. saya lebih senang dengan REBT.. hurm.. rasional mampu buat saya terima takdir ALLAH.. tapi dengan emosi saya rasa macam saya cuba mencari salah takdir yang telah ditetapkan pada saya.. saya tak selesa. tapi saya cuba belajar dengan Tuan.." - andai mampu saya sampaikan kepada Tuan. inilah yang terkandung dalam fikiran saya.

saya mudah menangis.. sebab itu, untuk lindungi diri saya perlukan REBT.. apa-apa pun teknik Tuan.. memang terbaik.. mampu pecahkan tembok ego saya. dalam teknik toys, picture, dan stone tuh.. ia mampu buat jiwa saya terkoyak kembali.. dan sekarang saya perlukan rasionalkan kembali pemikiran saya.

dan tuan, betul kata Tuan.. "Yani ni macam melarikan diri"


  
p/s: cehh... tajuk BI.. taip dalam BM.. tak macam celaka.
p/s/s: awak suka buat sombong dengan saya. kenapa ye??
p/s/s/s: dan aku tak tau apa aku nak sebenarnya.. TAMAK kan?!

No comments: