Jiwa Penuh Chenta

Monday, July 25, 2011

Bahagia Yang Ada

"perempuan, kita sama dari tulang rusuk lelaki, 
sama-sama ingin dikasihi.. 
tahniahlah sebab dah kucar kacirkan hubungan yang sedia ada. 
kau bahgia??"

kehadiran kau sekelip mata buat aku mengundurkan diri dalam perubungan ini.. aku jadi tak yakin dengan setiap setia dan lafaz yang pernah diucapkan oleh dia. kehadiran kau bermotifkan apa?? merosakkan hubungan setiap pasangan, atau menambahbaikkan hubungan setiap pasangan.

cemburu itu sangat setia dan sinonim dengan aku. payah bukan. tambah-tambah lagi payah bila pihak lagi satu tidak cuba langsung untuk memperjelaskan setiap ragu yang diperlihatkan. kau bahagia bermain kata di alam maya sehingga boleh dilihat oleh aku?? kau bahagia bergurau mesra sedangkan dengan aku dah lama pihak satu lagi tidak kunjung tiba?? aduh, aku cemburu sebenarnya. dan otak ligat, itu baru di alam maya, di alam realiti?? sungguh mahu sahaja aku toreh-toreh wajahnya yang cantik mulus. dicarik-carik hati sedang enak menganyam bahagia. kejam kan??

owh atau mungkin kau tempat pihak satu lagi berseronok dan aku.. dia ingin simpan baik-baik. mungkin untuk di buat isteri?? haha kau bahagia diperlakukan sebegitu murah?? motif kau sangat jelas. hadir, kucar kacirkan hubungan, aku pergi membawa hati jiwa yang penuh ragu dan syak wasangka, kau pergi secara tiba-tiba dan sekarang si dia secara tiba-tiba hadir setelah sekian lama aku tunggu... hurmm maaf hati ni dah bernanah.. cukup-cukuplah.. 

pihak satu lagi, ye, saya tahu saya meluahkan rasa dari pihak saya. tapi bila saya bagi peluang untuk awak jelaskan apa yang berlaku. awak mengambil sikap untuk mendiamkan diri.. maaf. dalam satu perhubungan.. komunikasi itu penting. berdiam diri semasa salah satu antara kita marah. itu perlu. tapi setelah marah itu reda. haruslah dijelaskan apa sebenarnya perkara yang berlaku. tapi itu tidak berlaku dalam hubungan kita bukan.
apabila awak meletakkan EGO didepan.. awak akan hilang segalanya. dan sampai saatnya saya rasa awak sebenarnya belum bersedia untuk menjalin satu hubungan yang serius. jatuh kah martabat awak, kalau awak tunjukkan sedikit kasih dan sayang kepada saya?? jatuh kah ego awak sekali sekala awak pujuk rayu saya?? hilang kah kemachoaan awak apabila awak ucapkan kata-kata rindu pada saya. bukan selalu saya pinta tapi tunjukkan lah sedikit keihklasan paling tidak KESUNGGUHAN yang awak benar-benar mahukan saya.

##tak perlu setiap hari cukup lah sesedap rasa. mudah sebenarnya.. 

saya seolah-olah menyalahkan awak kan dalam hal nih.. tapi seingat saya. dah habis daya saya untuk tarik perhatian awak. dah habis rajuk yang tak terpujuk, dah habis cemburu yang diragut rindu, dah habis tenang untuk bertenang, dah habis ingat untuk dicari, dah habis bilang untuk dikira, dah habis tapi tak pernah habis.. 

##masih bersisa. 

hmmmm ia dah terkoyak dan semakin rabak, seperca kejujuran dan kesungguhan bagi aku mampu tampal apa yang rabak. kau sanggup??

##beri peluang lagi. 

saya dah habis daya. tak mahu main permainan yang tidak mendatangkan apa-apa pada saya selain sebak didada.. maaflah.. beri saya ruang dan peluang untuk jaga dan ubat hati saya..

##boleh?

"kalau ada jodoh, kita jumpa lagi!" -mia, sekali lagi-

cinta itu milik kita,  kalau diizinkan olehNYA. sebab aku percaya setiap janji-janjiNYA

'Setiap anak Adam yang lahir sudah ditentukan rezeki, jodoh dan ajal mautnya.' Jika ini pesanan agama, maka yakinlah bahawa kita sudah disiapkan jodoh oleh NYA. Yakinlah akan janji ALLAH.


 

p/s: tetamu lama kerap hadir sejak kebelakangan ini. rentetan dari kemalangan yang dialami.

p/s/s: "kita akan bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang betul, samalah dengan aku" -luah Mr.Enemy

p/s/s/s: aku rasa aku fobia dengan benda-benda yang cantik ini. sebab ia bahaya. sumpah!!

No comments: