Jiwa Penuh Chenta

Sunday, July 17, 2011

Arwah

tak ramai kenalan yang tahu aku sebenarnya punyai adik perempuan selain daripada dua adik lelaki aku yang kacak itu. =)

*singkap kenangan lalu...

belas-belas tahun yang dulu. tak silap aku 15 or 16 tahun lepas.

## kisah yang aku cuba luputkan dalam kotak memori. tapi sekarang aku semakin terkenang akan arwah. semakin rindu hati ini ingin bersua. alangkah baiknya, dia hadir depan aku.. aku mahu jadi along yang baik untuknya.. aku mahu jadi kawan paling rapat dengannya. atau mungkin aku akan kesana. aku ingin berkongsi kisah cinta dan duka dengan dia, bagaimana mahu menghadapi saat jatuh cinta, saat putusnya cinta, berkongsi baju dan semua jenis kesukaan, bercerita tentang hero pujaan, mengumpat kawan-kawan sekolah. sumpah, banyak benda yang aku tak leh nak buat. aku rindu!!

*kini

aku rindu arwah mungkin sebab aku sedang melihat adik-adik lelaki menginjak dewasa. semakin mereka dewasa semakin aku risau. dunia ni terlalu kejam. dan buat aku terfikir, kenapa arwah tidak bersama kami didunia???

mungkin DIA tahu kekuatan arwah setakat mana?? sanggup ke arwah menghadapi fitnah dunia?? sanggup ke arwah melawan nafsu dunia?? sanggupkah itu dan ini????

hanya DIA yang lebih tahu dan mengerti.

itu jawapan yang paling pasti.

*petang tadi

petang tadi aku pergi ke Plaza Lowyat, dalam perjalanan kesana aku melalui Pavillion.. hurm.. melihat anak-anak gadis dalam keadaan yang tidak cukup pakainya. sungguh aku terfikir, beginikah keadaan arwah sekiranya DIA izinkan arwah tinggal bersama kami. sungguh dunia terlalu kejam.aku takut melihat anak-anak muda yang berpelukan tanpa segan silu, cium sana sini.. dalam perjalanan pergi dan pulang sungguh aku tercengang. ye, aku juga pernah remaja, aku juga pernah melalui proses itu, tapi tak terfikir kah mereka dosa dan pahala. hurm.. aku ada adik-adik lelaki. semoga ALLAH SWT pelihara meraka dari segala kemaksiatan.

*kini

kawan-kawan angah ramai yang panggil aku along, mostly yang lelaki, manakala yang perempuan lebih senang panggil aku kakak, dan ini lah yang paling aku rindu.. aku rindu arwah panggil aku along macam adik-adik yang lain panggil. dan yang paling aku bayangkan tentulah dia yang paling manja sebab dia adik perempuan seorang. rindu.

*singkap kenangan lalu

arwah pergi meninggalkan kami dalam keadaan yang aku sendiri tak jangka. arwah sihat dalam kandungan Ibu, semasa proses kelahiran arwah mengalami komplikasi dimana arwah terjerut tali salur makanan dari ibu ke anak itu (aku lupa apa namanya) hurm... arwah, berjuang hingga nafas terakhir, Ibu mengharap arwah kuat untuk terus berjuang, tapi...

aku tak sempat nak lihat arwah, Abah bawak balik arwah tanam kat kampung, aku cuma tahu arwah saling tak tumpah macam Angah semasa kecil, putih macam cina, sepetnya, biarlah dia tak ikut aku yang sedia lahir gelap itu lagi baik.

Ibu panggil arwah Nabila, tapi Abah ada cakap dulu-dulu lau arwah masa hidup nama dia seiras nama aku iaitu Nur Illyani Shaqilla Ismail. =) kacak tak nama adik perempuan aku?? mesti bila besar dia cantik dan kacak macam Abah kan..

*kini

tapi ALLAH SWT lebih sayang dia. dah tentu syurga untuk arwah. =)

al fatihah.

ada yang sudi panggil aku along selain daripada kakak?!



p/s: air.. mata.. ku tahan... mengalir lesu....
p/s/s: lagu BUKTI by FIQ berputar di winamp.

No comments: