Jiwa Penuh Chenta

Saturday, July 30, 2011

di daerah terpencil..

di suatu tempat daeah terpencil. aku lihat dari kejauhan seorang wanita dan dua lelaki. salah seorang lelaki itu aku kenal. insan yang pernah bertakhta dihati dan pada masa sama insan ini juga yang melukai hati. 

"kenape nak jumpa saya kat sini??" kata aku.

"ada hal sikit, duduklah dulu" suara mendatar Ady

kenangan lama mengimbau kembali. di warung inilah. dia gengam erat jari jemari aku, diwarung inilah dia bisikkan yang dia tak kan lepaskan tangan aku. hurm.. dahla, untuk apa dikenangkan. perkara dah lepas.

"dah makan??" tanya Ady. arghh dia cuba berbahasa basi dengan aku. sebenarnya dah lama kami tidak ketemu selepas dia sendiri yang putuskan hubungan kami, dan dia sendiri juga yang menukar no telefon supaya aku tidak dapat jejaki dia. kejam aku kira.

"dah!" kasar jawapan aku.

pertemuan kali ni rasa aneh, hurm.. dia semakin berisi. agak segak berbanding dulu. mesti senang hati. aku kira, wanita yang ada disebelah aku ni, kekasihnya, cantik, dengan rambut panjang mengurai, hmm dia suka wanita yang berambut panjang. teringat bila dia mengamuk aku potong rambut pendek. sayang benar dia pada rambut aku. haha!

"abang.. eh, awak nak ape jumpa saya?" tersasul aku. terbiasa panggil dia abang. kenangan kenape menjelma saat ini.jangan!!

"hmm.. nak pulangkan ini" sambil dia mengeluarkan satu per satu gambar aku dalam album simpanan dia.

aku hanya mampu melihat segala pergerakan tangan dia yang lincah, yang kelihatan bersungguh-sungguh mengeluarkan gambar-gambar aku. banyak jugak. gambar aku dalam simpanan dia. hurm.. dulu kami gila bergambar. kemana saje pasti akan bergambar. cinta jarak jauh memang payah. bertemu dua kali dalam masa sebulan. itu kalau aku di Kuala Lumpur dan dia pula di Melaka/Negeri Sembilan. tapi bila aku di Terengganu, pertemuan jadi 6bulan sekali. hurm.. mungkin dia tak boleh tiada seseorang disisi dia. ntahlah. perpisahan kami secara mengejut. dia yang pinta. aku dah pertahankan. dia yang hilang dan kini dia kembali untuk pulangkan semuanya dan kenapa ia mengambil masa 3tahun untuk pulangkan segala-segalanya.???

"kenapa, baru sekarang nak pulangkan??" aku tahan sebak.

sepanjang 3tahun ni aku seorang diri. dan baru setahun ini aku cuba beri ruang dan peluang dan ia masih diawang-awangan. kenapa sekarang baru nak pulang. apa yang dia tak puas hati lagi dengan menyakitkan hati aku dan memalukan aku depan kawan dan kekasih hatinya. seperti aku malu dengan nenek dan pakcik serta isterinya. besar sangat ke dosa aku pada kau?!

PANG!!

sebuah tamparan hinggap dipipi dia. dah lama aku tahan rasa amarah nih. bertahun-tahun.


___________________________________________________________________________________

aku mimpi dia malam tadi. kata orang kalau kita mimpikan seseorang itu tandanya dia sedang rindukan kita. betul ke kau rindu kan aku?? haha

tak dapat tampar kau di alam realiti dalam mimpi pun dah memadai bagi aku. tapi aku terfikir, sebanyak itukah gambar-gambar aku ada pada kau. syiall lah..

apa-apa pun aku doa kau bahagia dengan siapa-siapa pun.

 

No comments: