Jiwa Penuh Chenta

Saturday, February 26, 2011

nak PELUK!

aku cuba sendiri.. tapi mana bisa sendiri. dalam kubur pun ada yang jadi peneman!!
aku penat.. aku letih dan yang paling utama aku rasa sunyi.. hurm.. dua tiga hari ini, aku banyak buat kerja luar.. aku kesana kesini.. dan sampai satu saat aku nak rasa ada yang sudi memberi aku harapan, beri aku sokongan.. tak kisah moral ke unmoral ke.. yela, lagi pun aku bukan cukup kemelayuan disitu..

aku letih.. aku perlukan satu pelukan hangat.. aku perlu orang usap belakang aku.. dan diam. itu je.. tapi aku nak cari siapa.. aku sunyi kat sini.. walaupun kawan2 ada.. tapi aku tetap rasa sunyi..

aku penat!! sumpah aku penat. aku penat sampai aku tak leh tido.. badan sakit2.. lenguh2.. letih sangat2.. nyamuk asyik gigit aku dua tiga hari ni.. sebab apa.. letih sampai nak tutup tingkap pun tak larat..

aku letih, dengan program PRS, PENYAYANG, dengan FYP aku, dengan STUDY aku.. aku tak larat sekarang ni.. sebab itu aku perlukan sokongan.. perlukan pelukan.. aku perlu terapi tuh..

nak balik rumah.. nak peluk MAMA.. nak peluk ABAH.. hurmm.. dulu kalau tak balik.. aku ada seorang KAKAK yang sudi peluk aku.. yang sudi jadi tempat aku mengadu.. AKU RINDU KAU KAK!~ sekarang.. bila masing2 dah buat hal sendiri.. semua jadi kosong.. sunyi.. jauh.. jangan kata aku MANJA.. manusia perlukan ini.. sebab sentuhan adalah satu terapi buat manusia rasa dihargai dan cepat sembuh dari rasa yang negatif..

dan saat sekarang aku jadi rindu dengan masa2 lalu.. hurm... sunyi gila duduk TERENGGANU nih.. hurm.. cukup2 lah aku lari jauh-jauh.. ada lagi setahun.. lepas ni aku nak duk KL.. aku sakit sunyi selama 3tahun kat sini.. serius itu yang aku rasa.. sebab itu aku selalu gi pantai.. sebab aku rasa pantai paling faham aku..

hurm.... perlu ke aku rayu supaya kau beri tumpuan kau kat aku.. perlu ke aku berlutut supaya kau pandang aku.. perlu ke aku pergi jauh baru kau nak ambil tahu pasal aku.. perlu ke aku majuk sendiri2.. dan pujuk hati aku baru kau nak peduli apa aku buat.. tapi itu bukan kau kan.. =) aku rindu kau la!!!

letih dan sunyi.. aku gelak ketawa depan semua orang tapi dalam hati ni sunyi sangat.. aku dah letih dengan hal dunia.. tadi pergi ziarah keluarga Gee.. yang aku post kat facebook tuh. yang mak dia meninggal dunia. hurm.. baguskan dia. dah pergi.. tak perlu fikir hal dunia.. dunia buat aku sakit!~  tapi nanti kena soal jawab kat akhirat lak.. dah la aku ni amal ibadat compang camping, diri lak terumbang ambing, semangat tengelam timbul, hati lak terkontang kanting... hai la illyani!!

bila dah penat macam nie.. mula fikir yang bukan-bukan.. mula nak terasa bagai.. mula la nak feel sorang2.. mula nak menyendiri.. mula nak nangis sorang.. mula pergi kelas selekeh.. mula rasa nak marah2.. mula nak emo2.. hurm.... my bad!!! ini lah kelemahan aku.. aku tak leh rasa sunyi dihati..

NO WONDER LA.. dari zaman sekolah kawan2 aku panggil aku LONELY.. haha dah lama aku tak dengar pangilan tu sejak habis sekolah... now aku kembali rasa perasaan itu..

SUNYI!!!~~


 

Alasan adalah penyedap hati. Alasan bagi manusia yang hidup di perantauan ini lebih bermakna. "Tak ada, tak apa. Kalau ada, alangkah bagus…"

2 comments:

cTKhaliJAhHassAn said...

rasa kita sama....saya sgt tertacing dipagi hari..mungkin terasa kurang kasih cyg ya disini...letih dgn diri sendiri sebenarnya..maw org fhm kita..tp dr sndri xfhm sapa kita..huwaaaa...saya pun perlukan pelukkan hangat dr someone yg amat2 fhm rasa saya sekarang....

Illyani Ismail said...

saya pun tak faham kenapa saya macam ni..

saya nak peluk.. sok kita peluk2 leh... isk... letih nya.... penat dengan diri sendiri jugak...