Jiwa Penuh Chenta

Friday, January 07, 2011

zon selesa


bila orang kata "Yani, aku ada benda nak cerita kat kau." aku jadi fobia. sungguh.. aku takut nak dengar hal yang buruk-buruk.. sebab telinga aku, aku dah asuh untuk dengar perkara yang baik-baik ajer.. tambah-tambah kalau hal yang nak disampaikan tuh berkait dengan orang-orang yang menjadi kesayangan aku...

hurm... hidup ni kita kena bersyukurkan?! ada orang tuh.. ada mak ayah. ada orang tu anak yatim.. ada orang tu lengkap fizikal, ada orang tu kelainan upaya. biar pun celak kat mata aku bersepah, biarpun ketawa besar aku nampak gigi kapak.. aku tetap bangga aku siapa.. sehina-hina aku sekeji-keji aku.. aku tetap aku..

aku selalu tanya kenapa sejak dari kecil aku selalu diuji.. uji dengan kasih sayang?? kenapa bukan dengan wang ringgit, kenapa bukan dengan fizikal, kenapa? akhirnya aku tahu.. hanya dengan kasih sayang aku mampu hadapi nya.. kalau lah aku diuji dengan wang ringgit, aku mungkin akan jadi perompak, pencuri.. kalau diuji dengan fizikal seperti cacat, aku mungkin tak leh terima.. silap haribulan aku bunuh diri. nauzibillah.. minta dijauhkan2... 

ini petikan dari iluvislam..


Ujian umpama guru yang tidak bercakap, tetapi sangat mengajar dan mendidik. Sama ada ujian itu kecil atau besar ia adalah takdir Allah. Semua ujian ada maksud tertentu tetapi kerana jahil, apabila ditimpa ujian secara langsung atau tidak, kita cepat melatah dan marah. Justeru, kadang-kadang kita rasa Allah tidak adil atau sengaja menyusahkan kita. Kalau ujian datang dari orang, orang dendam, marah dan tidak menghormati kita, kita juga cepat dendam dan buruk sangka. Yang dahsyatnya hati kita buruk sangka pada Allah. Nabi Muhammad s.a.w pernah dilontar dengan batu sampai berdarah ketika menyampaikan dakwah. Darah baginda s.a.w mengalir hingga ke kaki. Tapi baginda s.a.w tidak berdendam pada orang yang melakukannya. Kita pulak konon-kononnya berbangga menjadi umat baginda s.a.w, tapi bila diuji sikit je atau orang buat khianat, dah mula nak berdendam. Wallahu yuhibbussobirin. Renungkan... Sebenarnya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Jauh sekali takdir Allah untuk menyusahkan hamba-Nya. Ujian sebenarnya untuk melatih kita memiliki sifat-sifat terpuji seperti sabar, reda, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, supaya kita makin susah makin dekat dengan Allah, makin mengharap pada pertolongan Allah. Cuba fikir, tentu kita suka bila orang lain luahkan masalah pada kita. Menunjukkan bahawa kita adalah orang yang dipercayai oleh orang tersebut. Suka x bila orang lain beri kepercayaan pada kita? Dah tentu jawapannya SUKA. TAPI!!!!!! Allah lagi suka bila kita ingat pada-Nya. Sebab itulah Allah selalu bagi ujian pada kita. Supaya kita sentiasa ingat pada-Nya. Kalau kita sentiasa senang, mungkin kita lupa pada Allah. Ujian hidup juga mengajar kita merasai dunia hanya nikmat sementara. Ujian juga menanamkan akidah betapa berkuasa Allah. Apa kuasa Allah? Allah boleh memberi dan mengambil bila2 masa. Setiap ujian menunjukkan Allah boleh memberi dan mengambil di mana sahaja. Ujian juga mengajar kita membesarkan Allah, boleh memberi dan mengambil apa cara sekalipun. Jadi, dengan ujian kita makin dekat dengan Allah. Dengan ujian juga menanam sikap supaya berasa diri berdosa. Sebab tu bila kita susah, kita biasa nya akan ingat pada Allah. Ingat Allah adalah satu rezeki malah satu ibadah. Senang dan kaya kadang-kadang membawa alpa, maka dengan ujian kita akan ingat pada Allah. Cuba renungkan... masa kita senang, adakah kita ingat pada Allah? Ujian umpama guru, mengajar kita supaya tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala juga bentuk ujian kesalahan dan dosa yang kita lakukan diketahui ramai orang. Sebenarnya bukan untuk Allah menghina kita, tetapi untuk memberikan peringatan supaya kita bertaubat dan tidak meneruskan dosa itu. Memang kadang-kadang dosa itu sebenarnya pembalasan dan hukuman. Kita semua tahu setiap perbuatan dosa mesti dihukum sama ada di dunia atau akhirat. Insan yang dikasihi Allah akan menerima hukuman di dunia dan Allah selamatkan di akhirat. Cara hukuman di dunia ada pelbagai, antaranya di datangkan kesusahan, kesedihan, penderitaan, kehilangan orang tersayang, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh, hilang kuasa dan macam-macam lagi ujian. Sekiranya kita boleh bersabar dan reda, kita bukan saja makin hebat, malah dosa digugurkan dan kedudukan kita di sisi Allah makin tinggi. Kalau mengeluh, tidak reda, merungut dan memberontak akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambanya. Bila Allah sayang pada seseorang, Allah akan bagi ujian. Makin sayang Allah pada seseorang, makin berat ujian Allah. Allah tidak hukum kita di akhirat kerana penderitaan di neraka berpuluh kali ganda lebih dahsyat. Jadi kalau kita ditimpa kesusahan, anggaplah itu balasan yang menyelamatkan kita di akhirat. Kalau kita ditakdirkan miskin sebenarnya Allah nak latih diri kita sabar dan reda. Allah tidak takdirkan kita kaya sebab Allah sudah tahu kalau kita kaya, kita akan jadi sombong, bakhil dan mudah terdedah dengan dosa kekayaan. Pendek kata, orang mukmin apabila datang ujian mereka sabar, kalau miskin mereka reda, kalau menjadi pemimpin mereka berlaku adil, kalau menjadi pengikut mereka taat. Malah kalau dia bersalah, dia memohon maaf dan kalau tidak bersalah dia memberi 
 maaf.
Dalam derita ada bahagia 
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu 
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar 
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang 
Mempunyai berbagai tafsiran 
Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka 
Walau terseksa ada hikmahnya..


 

No comments: