Gadis,
dari jauh aku perhati kan kau..
hey!! kenape ni...??
WAJIB kuat.. walaupun kita dikenali sebagai insan LEMAH.. tapi kita yang PALING TABAH sebenarnya.. itu UNIK nya jadi WANITA...
nah untuk Gadis Aku, jangan pernah mengalah k...
Gadis by Fynn Jamal
menjadi gadis itu memenatkan
menjadi gadis itu merimaskan
suatu kerja berat dan membeban
menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan
keterlaluan berani akan dibenci
keterlaluan lemah akan dikeji
perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak dicantas
menjadi gadis itu merimaskan
suatu kerja berat dan membeban
menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan
keterlaluan berani akan dibenci
keterlaluan lemah akan dikeji
perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak dicantas
si gadis menelefonku malam itu
teresak mencerita jiwa luluh
dihiris bahasa tajam dari mulut
si gadis tiada daya menutur
lalu aku membalas:
bukan tugasmu memuas
manusia berbeza minda
tak akan sama
si gadis terus meluah hampa hati
perlakuannya salah serba-serbi
semakin keliru dengan mahu diri
si gadis soal "bagaimana lagi?"
lalu aku berkata--
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna pada manusia?
kita gadis memang sering menyongsang rasa
mana cinta, mana rasa, mana dia?
dengar sini, mahalkan air jiwa kamu
simpankanlah dan hulurkan hanya pada dia itu
lalu aku berkata--
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna pada manusia?
perlu tabah
perlu gagah
usah resah
usah goyah
ayuh gadis,
berhentilah kau menangis.
jadi gadis, kau kena MAHAL... biar apa orang nak kata.. "mahalkan diri kau. jangan dilelong2 pada sesiapa sesuka rasa. sabarkan diri kau dan yakinkan pada diri yang kau ada harga. biar ditempik seribu orang, Tuhan itu Maha Kaya, dan dia akan bagikan kau seseorang yang selayaknya.." (Fynn Jamal, 2010)
dan
kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba....
2 comments:
Moga sentiasa tabah ya dlm air2 kehidupan yg ada pasang surutnya..Sabar krn ianya hanyalah satu ujian dlm takrif hidup..Kena kuat..:-)
abg ad,
yup kena kuat... dah WAJIB kuat... =)
Post a Comment