Jiwa Penuh Chenta

Thursday, December 09, 2010

TERIMA

"terima seadanya dia.. siapa pun dia.. bagaimana pun dia.. terima seadanya.. itu yang aku pegang.. dan sabar itu juga indah bukan.."

hidup ini mudah.. kita yang mengawal kehidupan kita.. minda kita kata ceria, ceria lah kita sepanjang hari itu.. minda kata marah.. marah lah kita sepanjang hari itu.. senyumlah, dengan senyuman segala hal akan jadi lebih mudah.. [cakap memang mudah, nak mengamalkan kadang-kadang payah]

kawan, setiap kali kau hubungi aku.. kerap kali kau tanyakan soalan yang sama.. "serius kah hubungan kau dengan si dia?" 

jawab aku "lorh.. kalau bukan serius apa namanya.." kawan, hidup ini terlalu singkat. isi kan dengan pengalaman yang mematangkan kehidupan..

kawan, aku tahu kau risau.. risau sejarah bakal berulang.. biar kawan.. kalau ia berulang situasi nya berbeza.. perlakon juga berbeza.. mungkin pencetusnya berbeza. biar, maksud aku disini, mungkin aku bukan rusuk kirinya.. .mungkin.. setiap kita sudah ditentukan jodohnya..

pesan si dia pada aku "bersederhana la dalam segala hal.." hehe kawan, lagi pun membazirkan amalan syaitan... jadi, marilah bersederhana dalam segala hal walaupun dalam berchenta.. ngeee 

disebabkan kena bersederhana, aku sentiasa menghargai setiap moment yang tercipta antara aku dan dia.. walaupun nampak kecil tapi bila diberi perhatian akan memberi impak dan pulangan yang besar.. seperti yang aku cakap dulu "love is gambling, lucky in love.. unlucky in gambling.."

kawan, aku bahagia sekarang.. tiada apa yang perlu kau risaukan.. doakan yang baik2 sahaja untuk kami..

kawan, kami masih baru lagi.. kalau diberi carta, hubungan ni masih putik baru nak berbunga.. debunga pun masih malu-malu2 nak keluarkan debunganya.. manis bukan.. haha yang indah2 sahaja kawan.. 

Abang Addy  kata..
"aku senyum, kerana cinta aku padanya,
aku ketawa kerana sayang aku padanya,
aku mula menangis kerana rindu aku padanya"

kawan, kau pernah menangis.. menangis bukan kerana duka tapi rindu?? arghhh manja bukan.. bagi gadis hina seperti aku, ia satu perlakuan anak manja yang mengada2 yang dahagakan perhatian... 

ye, kadang-kadang rajuk aku selalu.. mengada-ngada aku berlebihan.. hehe tapi aku suka.. selesa begini.. mahu bermanja sebenarnya.. dan lepas tu dia akan kata "pang kang" haha kasar bukan.. tapi itu lah tanda sayang.. 

ish, masa tengah berchenta.. semua nampak baik-baik bukan.. ngeee yup, tak dinafikan.. itu lumrah alam perchentaan.. masa tengah sayang.. cuba kalau masa tengah marah.. ayat "pang kang" disebut-sebut.. tentu menimbulkan kemarahan yang amat.. semoga aku dan dia sentiasa bersabar..  kerana SABAR ITU INDAH...

No comments: