Jiwa Penuh Chenta

Saturday, December 04, 2010

Betul, Saya Memang Tidak Sayang Awak Langsung.

Betul.
Saya memang tak sayang awak.
Saya memang tak sayang awak langsung.
Noktah!
 
Saya memang tak sayang awak.
Sebab tak sayang awak, saya tunggu awak tiap-tiap malam.

Saya tak sayang awak.
Sebab tu saya dengar setiap apa yang awak luahkan pada saya.
Awak ingat saya nak dengar ke kalau saya sayangkan awak?
Haram!

Saya tak sayang awak.
Sebab tu kalau boleh setiap hari saya nak dengar suara awak, berbual dengan awak.
Kalau saya sayang awak, awak ingat saya nak tadah telinga dengar awak merepek-repek bercakap?
Jangan harap!

Saya tak sayang awak.
Sebab tu saya balas semua pesanan awak Twitter awak, YM awak, Skype awak dan surat elektronik awak.
Kalau saya sayang awak, saya padam tu semua.
Betul awak.
Saya tak sayang awak.
Betul.
Sebab tu saya tulis benda ni semua untuk awak.
Biar awak tahu yang saya tak sayang awak.
Biarkan.

Saya tak sayang awak.
Awak buat saya terpaksa tangguh berak disebabkan nak berbual dengan awak.
Kalau saya sayang awak, mesti saya dah bertapa dalam tandas tu.
Awak ingat saya sayang awak?

Saya memang tak sayang awak.
Awak ingat tu baik-baik.
 
 

No comments: