Jiwa Penuh Chenta

Monday, December 20, 2010

Manis 24

tanggal 20hb Dec genap usia aku 24tahun.. muda lagi kan.. =) hakikatnya, jiwa semakin putus harap, semangat semakin luntur.. apa ada dengan hari ulangtahun kalau hati tak bahagia... wall facebook aku penuh dengan ucapan selamat ulangtahun.. gelak ketawa haha hihi ekeke ngeee semua palsu.. seperti tahun lepas juga rasa nya.. malah tahun ni lagi sakit...

berkongsi tarikh dengan mama buat aku harus tersenyum depannya.. pura-pura gembira menyambut ulangtahun. arghh ada masa aku ingin seorang pun tak tahu bahawa hari ni hari ulangtahun aku... sungguh aku ingin lari dari semua manusia yang mengenali aku.. 

aku tak marah tapi banyak hal yang buat aku berkecil hati.. sungguh bila hal-hal itu aku pendam dan simpan.. aku jadi manusia beku kembali.. malah lebih beku dari biasa.. andai kata maaf boleh buat hati aku cair seperti air.. maka kau berjaya, tapi aku ni manusia yang perlukan perjelasan.. kerana aku dah lama maafkan kau sebelum kau lakukan apa-apa kesalahan. hebatkan aku?? 

apa yang berlaku belum cukup bagi aku untuk labelkan ini kejam itu kejam.. bersama dengan kau, aku belajar satu perkara.... "SABAR" aku belajar untuk lebih "KUAT DAN SABAR" terima kasih untuk hadiah di hari ulangtahun aku ni.. 

dapat call free maxis dan celcom.. nak sangat jari jemari tekan no kau.. tapi aku tahu kau tak angkat call aku seperti selalu kan.. walaupun aku ketagih nak dengar suara kau.. aku tahu kau tak akan angkat.. kau cipta jurang antara kita.. ntah, mana silapnya.. peluang masih ada.. gunalah sebaik-baiknya.. mungkin aku juga ada lakukan kesalahan, maaf aku pinta..
hari ini hari aku.. owh, terima kasih kepada yang beri ucapan melalui facebook, sms, n call.. sangat2 hargainya..

sempena hari ni aku diberi kata dua oleh mereka yang masih setia disamping aku. antranya:


1. harus senyum manis seperti selalu
2. pointer harus naik
3. kuat semangat tempuhi dugaan hidup ( <3 )
4. dipercepatkan jodohnya
5. study keras-keras a.k.a hard katanya
6. friendship forever
7. semoga impian aku menjadi kenyataan
8. semoga berpoyo-poyo la selalu
9. semoga panjang umur
10. dimurahkan rezeki
11. semoga semuanya berjalan dengan lancar
12. bahagia selalu
13. dan banyak lagi.. semuanya aku dah AMINkan.... amin..amin.. dan amin... 


thanks sangat2 doakan untuk perempuan hina dan keji untuk aku...


p/s: luv you too..