Jiwa Penuh Chenta

Monday, October 25, 2010

untuk lelaki yang menjadikan aku. kerana cintanya. kerana marahnya. kerana sempurnanya. abah

bangun pagi. aku rindu abah. aku mahu balik. sungguh rindu nak peluk dan cium pipi abah. *muahhh*

aku message abah. suh call balik. krdt aku dah low gila. aku pelik pesal cepat sangat krdt aku habis. aku keliru. owh dah ingt. aku call mama.. sembang dengan mama pasal mama pregnant.. rindu mama jugak tapi aku lebih abah.. dunno why..??

arghhhh rindu abah.... nak cakap lama2.. nak dengar suara abah gelak2.. nak dengar lawak abah.. nak dengar abah ngadu dengan aku.. [macam anak kecil abah masa itu].. sungguh aku rindu sangat nih. tapi sekejap je cakap. itu abah, tak suka cakap lama2 kalau benda itu tak penting.

*sedang layan lagu BIAR-Fynn Jamal*

*damn aku rindu gila2*

bila layan lagu ni.. bait-bait puisi dia buat aku teringat.. nakalnya aku dulu.. teringat bila abah menghempas pintu kereta kerana marahkan aku. sungguh setinggi mana mara abah pada aku.. aku tak kan dia sentuh.. tak kan dia jentik.. abah lebih senang lepaskan maranya dengan benda lain. ye itu abah aku. dan aku anak manjanya....

aku melawan.. tapi lawan aku bukan dengan kata2.. lau dia tengking. aku diam. aku rajuk. muka masam. hempas pintu bilik. hentak kaki. rebel!! dalam diam.. mogok tak nak makan. nangis sorang2 dalam bilik. pernah dulu seingat aku. aku merajuk dengan abah. aku menyorok bawah katil. aku buat abah tercari2 aku. last-last aku tertido sambil nangis.. hehe bila fikir2 balik.. arghhh budak2 nya aku...

sekarang dah besar. abah makin tua.. dulu kulit tangan dia tegang.. sekarang bila aku pegang, bila aku lihat, bila aku usap sudah kedut seribu... aku?? aku makin besar. besar badan. makin terserlah manjanya. sungguh kalau orang yang aku sayang cakap lebih kurang senang je mata ni mengalir air mata. teringin nak jadi dewasa. aku dewasa dengan tempat yang bersuaian. dengan situasi yang perlukan aku dewasa. di rumah, di kelilingi keluarga aku tetap anak manja mereka. mati hidup balik pun aku satu2 anak manja mereka. cemburulah kalian kalau itu perlu...

hurm.. abah aku, mara dia bersebab, kawalan ketat dia bersebab, masa aku sekolah menengah, pergi mana aku dihantar dan dijemput.. cuma sekarang aku dah boleh bergerak sendiri.. tapi bila dah diasuh sebegitu rupa aku jadi manja.. mahu dilayan seperti dulu2 jugak. kadang2 abah hangin je.. bila aku merengek2 minta dihantar ke sana sini.. hehe abah, along kan anak manja abah.. tu la sapa suh ajar macam tuh.. tapi aku hargai setiap yang abah didik aku.. hidup ini tak sempurna mana kan.. dia cuba untuk buat aku nampak sempurna di mata orang lain. dia cuba adakan apa yang tiada. dia cuba untuk bahagiakan aku...

ye, aku besar dengan kongsi kasih dan perhatian seorang abah.. sebab itu aku "sakit" bila perhatian dan kasih itu tidak diberikan pada aku. terpulanglah nak kata aku tamak atau apa.. aku selesa begini. tapi once korunk tak ajar aku manja.. lama2 aku selesa. so sila jangan ajar aku manja.. ajar aku jadi dewasa apabila bergaul dengan anda. weeee

hurm... rindu. luruh jiwa ni. mau nangis. rindu sangat2. dulu mama pernah citer, lau abah nak gi jalan jauh abah akan tinggalkan baju or kain pelekat dia untuk buat aku tidur malam. seyes aku masa kecik2 lebih masa dengan abah dari mama. mama keja siang, abah keja malam.. dia akan pergi keja bila aku dah tido, mama pergi keja bila aku bangun, jadi bila abah balik keja aku akan main dengan abah. so masa aku banyak dengan abah. pernah sekali, mama cakap.. perangai baran aku macam abah.. dah tentu la aku anak dia kan.. rias wajah aku pun ikut abah.. cuma aku besar dan gemuk sikit. lau aku potong rambut macam lelaki (seperti dulu2) wajah aku macam abah zaman muda. jambu. haha tapi hensem okeh.. *rindu* macam itu juga, bila muka aku masam.. sebijik macam abah. hehe

kadang2 aku cuba lari dari bayangan abah. tapi tak boleh. asal aku bergerak kat mana2.. kawan2 abah tetap kenal aku... aku tak tau nape.. sebab tu lau aku gi jenjalan kat area KL.. perilaku aku.. aku cuba kawal. walaupun kerja abah hanya seorang pemandu teksi tapi dia banyak kenalan, ramai kawan, juga ramai musuh.. aku?? aku tetap anak yang dia pantau dari jauh. anak yang dia biar aku jalan sendiri sekarang, anak yang dia biar buat keputusan sendiri, anak yang dia biar pilih pasangan hidup sendiri, anak yang dia marah dan merajuk bila aku tak sambut dia pulang dari kerja, anak dia merajuk bila aku tak borak2 bila dia pulang dari kerja, anak yang mara bila aku degil.. aku anak dia!!

pernah gaji pertama aku sebagai Guru Sandaran, aku beri abah.. lebih dari mama.. abah senyum meleret. sekurang2nya abah dan mama dah rasa gaji aku.. walaupun sekarang aku sambung belajar. hurm.. pernah aku belanja abah air teh.. dia senyum sengih.. sungguh ia bukan lakonpaksa. aku suka bila semua orang senyum... semyum la walaupun perit dihati.. tak perlu orang tahu apa yang sedang kau rasa walaupun ia sebenarnya sakit. abah, tggu along eh.. lagi setahun setgh je.. lepas ni abah tak perlu kerja lagi. along tangung semua.. kalau tak cukup sama2 la kita ikhtiar bagi cukup..

hurm... dah la.. kang aku nangis lagi.. tak pernah cukup lau cerita tentang abah... *peluk*



biar by fynn jamal

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

1 comment:

Aidy Shahiezad said...

like it this entry.. :)

visit my latest entry:

Sehari Berdansa Kara'Oke...
http://aidyshahiezad.blogspot.com