Jiwa Penuh Chenta

Monday, October 19, 2009

TAWARAN PENEMPATAN PELAJAR-PELAJAR UNTUK LATIHAN INDUSTRI

salam,
aku just forward kan message ni dari Kak Dayu... hurm dia bg email ni kat inbox aku, dan sebagai warganegara yang prihatin aku nak korunk baca la erk... hehehe

Rancangan Keluarga Bestari Saidina (Saidina Smart Family Programme) merupakan pusat latihan dan bimbingan keluarga yang menyeluruh dimana kami menyediakan perkhidmatan kemahiran keibubapaan, pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan pelajar sekolah rendah, menengah serta institutsi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa.

Sukacita dimaklumkan bahawa kami, Saidina Smart Family Programme menawarkan penempatan pelajar-pelajar untuk latihan industri berkaitan dengan bidang-bidang yang berikut:
• Pendidikan Awal Kanak-Kanak
• Latihan dan Bimbingan
• Kaunseling dan Konsultansi
• Pemasaran dan Perhubungan Awam
• Multimedia dan Seni Reka Grafik
• Pentadbiran Perniagaan

Pelajar-pelajar yang berminat boleh menghubungi Encik Mohd Rafek (Pengurus Operasi) di talian 012 707 9596 untuk pertanyaan lanjut. Pelajar-pelajar yang ingin membuat latihan industri pada tahun 2009/2010 di Saidina Smart Family Programme disarankan untuk mengirimkan resume ke syarikat kami, No 9-01, Jalan Molek 1/8, Taman Molek, 81100, Johor Bahru, Johor atau emelkan ke saidina_smart@yahoo.com.

No comments: