Jiwa Penuh Chenta

Thursday, October 22, 2009

read n learn

salam.... pembuka segala rahmat... :)

mesti korunk pernah baca kan entri2 ni semua...
ntah la nape aku post kan gak... kebanyakkan entri2 ni semua terlalu familiar dengan alam sekeliling kita kan...

nak dengan tak nak korunk baca je la kan.. kadang2 walau pun dah baca dan korunk baca sekali lagi situasi dan perasaannya tentu berbeza kan...

so baca dan hayati la erk...


Percaya atau tidak,

anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk
menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil
masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.


Mungkin

Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan
sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru,
apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui
betapa berharganya anugerah itu.


Cinta adalah ketika anda dibuai

perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui
bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.


Hal yang
menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat
bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi.
Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.


Tetapi
kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu
sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.


Teman

yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa
seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain
tetap menyokong anda dari belakang.


Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.


Jangan
mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.


Ada
hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar
daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi
tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.


Jangan pernah
mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan
menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata
anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.


Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan
walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih
mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.


Jangan melihat
daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh
luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.


Berharaplah
anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat
dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.


Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah
ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda
kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa
diinginkan.


Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup
dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda
menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu
berbahagia.


Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.


Orang
yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang
mencuba.


Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan
dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada
masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam
kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.


Ketika
lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah
dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya
yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangi




2 comments:

Mrs. HaKiMi a.k.a ViOLeT said...

em... cinta tu suci andai hati yang menyintai itu suci.. cinta itu tulus andai org yang menyinta itu ikhlas dan jujur dalam bercinta.. cinta itu kekal abadi andai kita menghargai erti sebanr cinta dan menyintai sepenuh hati org yang benar2 menyintai diri kita...mencintai dan menerima diri kita seadanya tanpa ada anasir2 yang terselindung disebaliknya....
carilah teman yang benar2 menghargai, menghormati, menyayangi, menyintai dan yang mampu menjadi ketua keluarga dan pembimbing yang baik.. InsyaAllah

Illyani Ismail said...

huhu amin!!!!!