Jiwa Penuh Chenta

Monday, December 21, 2009

BELAJAR LA BERSYUKUR.....


salam.. dan selamat pagi... (aku mula menaip dari kul 10 pagi tapi post bila tiba tengahari...)

mata masih mengantuk.. seyes ni.. malam tadi tido kul kul 5.00 pagi n subuh ku tertinggal... (baru pasang azam baru... huh) so macam biasa, aku tanpa berfikir panjang akan melontarkan kata2 dari hati seperti

" ni la akibat nya, bergayut je tahu... semua celcom punya pasal....!!!" illyani berdialog tanpa berfikir...

kalau yani berfikir.... ia akan jadi dialog yang lain mungkin.... contohnya..

"hurm salah aku, lau dah tahu nak bangun subuh, kan boleh kunci jam... tido lewat sikit lagi ker.. ataupun tak payah la gayut lama2 kan.. hurm yani2 apa nak jadi ni... grow up yani bukan budak kecik lagi.. dah 23 dah umur kamu.. perlu digerakkan lagi untuk solat subuh..." kalau illyani boleh berdialog seperti setiap masa...

erk.. aib ku kan.. ok forget about that.. aku sebenarnya nak celoteh tentang bday gurl yang jauh diperantuan.. hehehe so pasal per lagi erk hari ni.

hurm... SETIAP HARI ADA KISAH YANG NAK KISAHKAN.. SAMAADA ORANG KISAH ATAU TAK KISAH... terpulang la....

so ni kisah yang aku nak kisahkan.. yang penting kan bday gurl jugak terlibat sama dalam kisah ni walaupun secara tak langsung...

apabila hidup seseorang dikelilingi oleh pemikiran yang tidak rasional.. ia akan memandang semua orang adalh bermasalah.. masalah yang ada adalah datang dari orang lain.. hurm...

menurut Ellis (1973, 1974) ia mengatakan bahawa emosi dan pemikiran adalah berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. manusia suka mengamalkan pemikiran2 yang tidak rasional dengan menyebut2 dan bertindak secara tidak rasional... (ini fakta, bukti yang mengatakan manusia mmg begitu...)

dan bgi aku yang jahil dalam bab agama.. boleh kah aku kategori manusia ni berada dalam keadaan yang tidak bersyukur....!!! boleh???? hurm... AKU BUKAN SEORANG PENILAI.. dan TIDAK LAYAK UNTUK MENILAI....

so, korunk fikir kan la.. kita sentiasa nak sesuatu.. bila kita tak dapat apa yang kita nak.. saat itu kita mula menyalahi orang lain.. tapi kenapa kita tak nak berusaha atau ikhtihar.. KAU = MANUSIA PEMALAS KAH???

aku di kelilingi oleh insan2 yang malas nak berfikir.. <<<<< ------ this statement boleh membunuh aku dalam senyap... SADIS bukan.. apa yang lagi sadis kalau diberi AKAL DAN FIKIRAN tapi tak mahu digunakan dengan sebaik mungkin... MANUSIA OH MANUSIA...

kalau seseorang merokok dan disebelah nya insan yang tidak merokok tapi hidu asap rokok.. SI PENGHIDU akan MATI terlebih dahulu... dari SI PEROKOK.. dan begitu juga situasi aku.. AKU= RAJIN BERFIKIR (cewaahhh angkut bakul sendiri nampak..) KORUNK = MALAS BERFIKIR... aku yang MATI dulu dari korunk.. haha sebab2 nya..:

1) aku je rajin fikir..
2) rambut aku asik gugur je..
3) dah tumbuh uban walaupun belum tiba masanya..
4) asik sangat berfikir.. atok tiba2 jem .. n aku terkaku keras disitu..

dan aku tahu manusia mmg tak sempurna akan tetapi kita boleh menuju kearah kesempurnaan... buat orang2 yang berada di sekeliling aku.. aku tak mencari salah korunk.. kalau korunk rasa kau sedang mencari kesalahan korunk...AMPUN DAN MAAF DIPINTA..
kerana ku juga DALAM PENCARIAN...

dan bt seseorang yang melintas di fikiran ku semalam..

awak...
hidup ni bukan mencari alasan..
jangan hidup dengan alasan..
belajarlah berfikir tentang orang lain..
jangan salahkan orang bila kehendak awak tak tertunai
SETIAP YANG TERJADI TENTU ADA HIKMAH DISEBALIKNYA..
dan
hidup ni kena belajar BERSYUKUR baru awak akan
rasa PUAS...
walaupun saya tahu awak tak kan baca tapi saya harap
pintu hati awak akan terbuka
untuk belajar BERSYUKUR...

untuk aku...

aku cuba untuk memperbaiki diri..
dan mungkin juga berusaha mendewasakan diri
ye la dah 23 kan..
masakan mahu jadi budak2 lagi..
tapi aku tetap aku..
alhamdulilah ..
masalah jarang menguasai diri ku..
dan aku harap ia akan sentiasa begitu

************************************************

pernah dengar lirik lagu ni...

BONECA - CELA

Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah

Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

*Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

**Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

Chorus:

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku

Mengapa
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Mengapa
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

(Repeat *)

(Repeat **)

(Repeat chorus)

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia


p/s: THIN..THINK..THINK... AND THINK...
Rasional Emotif Behaviour Therapy.... aku sedang menguasai salah satu teori...
agagagagaggagaga (ketawa versi gigit jari...)

dengan kasih sayang,


No comments: