Jiwa Penuh Chenta

Thursday, August 04, 2011

4 Ramadhan

Al-fatihah

ari ni perginya seorang bapa mengadap Illahi. ye, aku tahu dia kuat. aku doa dari jauh sayang. kata nafastari kepada mawar, "sabar itu cantik" aku titipkan kesabaran yang ada didunia buat Dilla. Sabar Dilla..

Allah sayang dia lebih.. dan pesan teman pada aku suatu ketika dulu, "semua yang ada hanya pinjaman, begitu juga dengan rasa dihati, sampai masa, kita kena pulang" sabar Dilla. aku tahu kau kuat.

dan tiba-tiba aku terfikir, apa yang berlaku sekiranya aku berada ditempat Dilla.?? kuat kah aku.. menangiskah aku.. tahan sebak kah aku.. nadi utama aku ialah ABAH.. semoga aku kuat hadapi itu kelak, sebab mati adalah pasti. itu hakikat abadi.

kun faya kun.. jadi, maka jadilah...

di saat manusia sedang leka berkerja, ada manusia yang sedang menahan hiba, menanggung rindu didada, mencari tempat untuk berpaut, masih ada yang belum sedar, setiap hari kematian sangat dekat dengan kita.

semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

 

p/s: kalau nyawa aku diambil biarlah dalam keadaan yang diredhai oleh NYA..

p/s/s: aku rindu pada encik infiniti. 

No comments: