
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang tidak ada dalam syurga..
Namun ADAM tetap rindukan HAWA
Pada wanitalah lelaki memanggil IBU, ISTERI ataupun PUTERI
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh kaum lelaki
Tapi kalau sendiri pun tak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh ALLAH SWT
Didiklah mereka dengan panduan dariNya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana mereka akan semakin liar
Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan
Nanti mereka akan sentiasa derita
Yang sementara itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka zat yang kekal... disitulah punca kekuatan dunia
Akal senipis rambutnya... tebalkan ia dengan ilmu
Hati separuh kaca... kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera... hiasilah ia dengan akhlak dan suburkanlah ia
Kerana dari situlah nanti mereka akan lihat... dan menilai keadilan Tuhan
Bisikanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan
Wanita yang lupa hakikat dan kejadianNya
Pastikan tidak terhibur dan menghibur
Tanpa ilmu, iman dan akhlak... mereka tidak akan lurus
Bahkan akan terus membengkok
Itulah akibatnya andai wanita tak kenal akan Tuhannya
Apabila wanita derhaka
Dunia lelaki akan huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan dan kesetiaan
Tetapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi
Pimpinlah diri sendiri kepadaNya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan lelaki
Jangan mengharapkan wanita semulia Fatimah Az Zahra
Andai peribadi lelaki tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah
untuk aku:
aku teringat masa sekolah dulu uztazah selalu cubit aku kalau aku tak pakai tudung..
kalau aku dengan tak malunya bergaul dengan laki, siap main kejar2 lagi..
masa tu aku budak lagi.. tak faham maksud usztazah lagi.. jelingannya..cubitannya.. kini aku faham...
rindunya aku dengan zaman persekolahan.. tapi dengan kenangan itulah aku hidup..
saat aku rasa aku hampir kehilangan nyawa...
aku rasa amal ibadat ku belum cukup lagi.. dosa2 yang banyak ku himpun..
bukan pahala yang ku cari.. daif nya diri ini..
besarnya jasa seorang guru.. patutla kita sering diingatkan berdamping lah selalu dengan guru.. kerana mereka orang2 yang sanggup menegur setiap kesalahan yang kita lakukan..
dan detik 30 JULAI 2009, aku akan ingt sepanjang hayat.. bila nyawa betul2 dihujung tanduk.. syukur pada MU ya ALLAH. masih KAU izinkan aku hidup muka bumi mu ini...
TERIMA KASIH ....