Jiwa Penuh Chenta

Saturday, September 19, 2009

kesyahduan mula terasa....

salam

bagi yang masih berkeluarga mesti nak beraya dengan keluarga kan... bagi yang tak dapat tu, tentu syahdu je rasa... hurm sama ada meninggal atau jauh diperantauan..hurm... dan bagi aku alhamdulilah walaupun abah ada dua buah keluraga raya bagi aku tetap bersama dengan abah..

aku rindu nak beraya dengan semua orang yang aku sayangi... sepatutnya raya kali ni aku beraya dengan dia... (sekadar mengimbau kenangan lama...) hurm... sepatutnya aku dengan dia skang ni bukan berseorangan.. dia agak2 nyer tgh bahagia ker?? kalau tak bahagia cari la aku balik...

hah, tu la nama nyer manusia... suka kata sepatutnya2.. hurm kita tak sepatutnya berkata seperti... kita perkataan patut seperti kedengaran tidak tegas.. seperti maian jer... sikit2 "kau patut macam ni", "sikit2 kau patut bt macam tu".. "sikit2 kau tak patut laa"...

kerana perkataan patut tu kita macam tak bersyukut dengan apa yang ALLAH S.W.T berikan pada kita.. kita rasa kita dah berusaha jadi kita PATUT dapat lebih dari in.. segala2nya yang ALLAH S.W.T berikan mmg berpatutan dengan hambanya...

aku bukan nak membebel, tapi sekadar nak berkongsi kisah kehidupan aku, dari umur aku 8tahun aku dah mula berkongsi kasih seorang ayah, adakah korunk rasa budak umur seperti itu patut berkongsi kasih, sedangkan waktu itu adalah waktu dia sedang membesar... patutkah???

bila umur aku dalam lingkungan 9- 12 tahun, aku hidup berpindah randah, patut kah aku hidup macam tu... disaat2 rakan2 lain bermain teng-teng, main kejar2, main galah panjang, aku kat rumah sedang sibuk berkemas untuk pindah dari setiap tempat ke tempat yang lain...

apabila umur aku mencapai angka 13 dan keatas... aku selalu harapkan agar family aku seperti family orang lain.family yang normal bukan nomad, (penat sebenarnya berpindah randah ni). hehe alhamdulilah, setelah apa yang aku lalui sejak kecil, aku rasa aku PATUT terima segala2 yang baik dari ALLAH S.W.T... tapi setiap hamba yang DIA sayang akan diuji bukan???

arwah atok belah mama meninggal depan aku, disaat aku cucu nya sedang bersihkan kahak yang kuar dari mulutnya, arwah atok belah abah meninggal depan aku disaat2 aku sedang lafazkan kalimah ALLAH di telinga nya.. aku kehilangan orang2 yang aku sayang dan hormat didepan mata aku.. bayangkan disaat aku aku mahu bermanja dan mahu dididik mereka banyak meluangkan masa, arwah atok belah mama agak garang orang nyer.. jadi aku sebagai perempuan hanya boleh berlagak sebagai orang perempuan.. arwah atok belah abah penyayang orang nyer... jadi dengan nya aku boleh dapatkan apa yang aku mahu... (sedekah kan al-fatihah untuk mereka...

kita hidup dibumi ALLAH.. hanya pinjaman semata2..

apa yang aku ingin kongsi kan adalah kita tak patut persoalkan apa yang patut kita dapat.. tapi persoalkan apa yang kita dah sumbangkan di muka bumi ini....

BERSYUKUR lah dengan apa yang ada...

dan buat aku,
kisah yang ku tulis hanya kulit depan bawang merah, kalau dikupas sedikit demi sedikit korunk akan terkejut apa yang aku lalui selama 23 tahun aku hidup dimuka bumi ini.. dan buat aku teruskan perjuangan yang belum berakhir.. kerana aku masih dalam pencarian....

amin...
dari illyani ismail
anak kesayangan semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

No comments: