Jiwa Penuh Chenta

Friday, September 04, 2009

Sunyi

4 september 2009 jam tepat 3 pagi...
kenapa mata masih tidak mahu terpejam...
seharian berjuang di medan peperangan..
seharian bergelak ketawa kononnya untuk menghilang stress..

tapi kenapa masih tidak mahu tidur..
telah aku penatkan badan nie dengan memikirkan segala hal..
telah aku letihkan mata ni menghadap laptop tanpa berbuat apa2..
segala2 menjadi sia2..

aku menziarahi laman web yang agak lama aku tak kunjung..
aku mendengar coloteh pensyarah yang kadang2 terkena batang hidung aku juga..
aku memaksakan diri untuk mendengar walaupun hati ini kuat mengatakan aku bermasalah sebenarnya..
tapi kenapa aku begitu angkuh.. kononnya masalah yang aku hadapi boleh diselesaikan.

tahukah kalian apa yang aku cari selama ini..
bertahun2 aku mencari aku tahu jawapan nya..
tapi kenapa aku masih tiada kekuatan untuk itu..
kenapa aku masih lagi begini..
seolah2 seronak dengan kehidupan ini..

ya allah,
kau tenangkan la hati ku ya allah...
kau berikan lah aku kekuatan untuk aku melakukan perubahan
aku tidak pinta satu perubahan yang dratik..
cukupla kau pimpin aku..
cukuplah kau pantau aku..
semoga aku todak melakukan kesalahan yang sama setiap kali..

aku ingin menjadi hamba mu yang taat..
TAPI.......
kenapa aku tidak mempunyai keimanan yang kuat..
kenapa aku tidak punyai kesungguhan yang jitu...
kenapa aku tidak ada sekelumit keyakinan...
KENAPA??????

No comments: