Jiwa Penuh Chenta

Tuesday, June 07, 2011

Rajuk Aku...

Sebelum tu klik [link]

"doa; boleh memberi kekuatan pada yang lemah, boleh buat orang tidak percaya kepada percaya serta boleh buat orang takut kepada berani.. Dan doa itu lah kekuatan aku sekarang"


Aku sentiasa positif… setiap apa yang berlaku dalam hidup aku.. Aku selalu fikir , ada sebab semua benda ini terjadi.. Tapi aku semakin aku percaya.. Aku semakin merajuk dengan NYA… teruk kan??

Bertahun-tahun aku merajuk dengan NYA.. Aku cari NYA.. Aku sujud dengan NYA bila rajuk aku dah habis.. Lepas tuh aku kembali alpa.. Bila aku rajuk, aku abaikan NYA.. Aku menjauh… tapi DIA tak pernah JAUH.. Dia hantar aku orang-orang yang dia percaya kepada aku.. Bahawa setiap ujian yang DIA berikan adalah tanda KASIH SAYANG NYA….

Tapi kenapa setiap kali ujian itu diberikan pada aku.. Aku selalu merajuk.. Selalu bertanya "kenapa aku..??"  "Kenapa mesti aku…???"  tapi bila kebaikan diberikan pada aku.. Aku hanya tahu BERSYUKUR dengan sebut ALLHAMDULLILAH tapi tak pernah tanya "kenapa aku KAU berikan kebaikan ini..??" Sikit pun tak pernah nak persoalkan bila kebaikkan mendatang… bila kasih sayang melimpah ruah..  tapi bila ujian yang kecil diturunkan.. Menderu-deru persoalan yang aku soalkan… tak pernah belajar bersyukur agaknya…. Buat susah payah je ustaz dan ustazah mendidik dulu…

Rajuk aku dah bertahun.. Tapi aku masih percaya semua terjadi ada hikmahnya.. Dan bila, ALLAH SWT kata "kun fa yakun" semua yang aku lalui akan berbayar balik.. Tapi kenapa mesti aku merajuk… sepertimana aku menyalahkan kisah putus cinta dan disebabkan hal itu pointer aku jatuh mendadak.. Aku merajuk denganNYA.. Aku tinggalkan solat.. Aku tinggalkan bacaan aku.. Aku lupakan segalanya.. Konon itulah jalan paling bahagia.. Sebab apa.. Sebab walaupun aku solat, aku mengaji… aku tetap diuji.. Tak cukup dengan hal cinta dengan manusia.. Tak cukup dengan masalah keluarga.. Tak cukup dengan krisis identiti… tak cukup dengan hal akademik.. segalanya menjadi punca dan akhirnya aku merajuk~!!! Dan rajuk aku itu menjadi timbunan dosa demi dosa..

Aku teringat pesan seorang sahabat "kalau keadaan tak berubah.. kita yang harus berubah" aku pernah cuba berubah.. Tapi perubahan itu sekejap.. Sedetik cuma… aku kembali merajuk.. Pegangan semakin rapuh.. Tak kan aku perlu lari jauh-jauh lagi.. Dah bertahun-tahun aku lari.. Umur semakin meningkat.. Dosa semakin menggunung.. Kenapa tidak aku sendiri yang cuba menghidupkan apa yang telah mati suasananya… mungkin aku lupa nak berdoa.. Supaya kekal bercahaya dengan cahaya keimanan… supaya diberi ketetapan hati.. mungkin?! Salah aku sendiri.. Hanya tahu menuding pada orang lain tapi tak pernah nak lihat pada diri sendiri…

Aku malu.. Bila aku tahu aku sebenarnya merajuk denganNYA… malu.. Mana nak letak muka ni.. Tapi ALLAH SWT sayangnya paling ikhlas.. Dia tak pernah menjauh bila aku jauh.. Malah lebih dekat… malah berikan aku sahabat yang ikhlas.. Tegur aku secara tidak langsung… tapi hati ni terlalu biasa dengan rajuknya sendiri.. Asal masalah ada, mula merajuk.. Dah buntu baru cari NYA… terukkan?? Serasa tiada siapa yang memujuk.. Serasa tiada siapa yang paling faham.. Serasa aku seorang dalam keramaian.. Hmm…..

Aku masih lagi merajuk.. Sebab aku selalu bertanya, kenapa ini semua terjadi pada aku…??? Kenapa aku yang tidak punya apa-apa selalu diuji dengan kasih sayang manusia… mahal sangat kasih sayang itu.. Sedangkan pada diri aku terlalu banyak untuk diberikan.. Tapi aku selalu beri pada orang yang salah… sepatutnya kasih sayang NYA.. Aku balas dengan kasih sayang aku sendiri… selalu sangat aku meminta padaNYA.. Apa salahnya aku memberi pula…. Beri padaNYA…

Hmmmmm…  cukuplah.. aku tak mahu merajuk lagi.. rugi!!

dan akhir sekali.. kata-kata daripada Saidina Ali r.a ; "Sekiranya hatimu rosak, jangan bazirkan masamu untuk berdoa agar Allah perbaiki hatimu, sebaliknya berdoalah agar Allah tukarkan hatimu dengan hati yang baru".


p/s: maaf…
p/s/s: suatu yang pernah dan ia tidak memakna apa..



No comments: