Jiwa Penuh Chenta

Thursday, March 18, 2010

Marilah bercinta dengan AKU.... =)

"ku persembahkan hati untuk dia, insan yang ku cinta, sedalam-dalam rasa, sesampai disyurga"

klik sini untuk baca... untuk tatapan... aku bukanlah insan yang baik mana.. tapi sedang berusaha untuk kearah kebaikan...


adehla... bila dah baca sila fikirkan.. aku juga pernah couple.. lepas tu klik sini lagi...


hurm... korunk rasa???

aku???

masih single sejak kejadian dulu...
aku tak tolak cinta kerana ia FITRAH MANUSIA...
tapi aku hanya berkongsi kisah...
berkongsi bahan bacaan..

sebagaimana aku sendiri dalam pencarian makna kehidupan..

aku berkongsi dengan kamu

SHARING IS CARING...

lau nak masuk SYURGA... jum masuk sama2... lau nak masuk NERAKA ??!!

lu fikir la sendiri...

aku selalu pegang kata2 ini...

"Kita meminta daripada Allah apa yang kita mahu, Allah memberikan kepada kita apa yang kita perlu!"
 
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” [Al-Taubah 9: 51]


oh ye... 

Kita selalu beranggapan kasih sayang diantara manusia adalah sangat dalam. Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berkasih sayang dan bercinta. Tetapi ingatlah saudara seagamaku, walau sedalam mana kasih sayang kita kepada manusia dan makhluk yang lain. Ianya tidak dapat menandingi dengan kasih sayang Allah Kepada hambaNYa.

Hakikat sebenarnya, Allah sangat kasihkan  hambaNya, cuma hambaNya yang tidak sedar.

Sebagai contoh:

" Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..
Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..
Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa.
Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."

Allah tidak pernah mengecewakan kita kerana kasih sayang Allah mendahului dari kemurkaanNya. Janganlah sesekali kita buruk sangka terhadap Allah. Begitu hebat sekali kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bagaimana pula kasih sayang hambaNya kepada Allah? Adakah kita layak untuk mempertikaikan kasih sayang Allah SWT kepada kita? Sama-sama lah kita renungkan dan fikir-fikirkan...


semua nak rasa bahagia kan... aku juga.. tapi aku tak mahu la tamak kan...
 nama aku sendiri dah bahagia...

SEMOGA AKU AKAN BAHAGIA SUATU HARI...



  nangislah di bahu ku...
kerana aku kawan kamu kan....


aku juga mahu rasa bahagia,
 
 
p/s: 

kebahagiaan itu terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba....
dan juga

hati perlu kuat, jiwa perlu tabah, akal perlu waras, badan perlu gagah, doa berlipat ganda, berserah dan tawakal padaNYA....



2 comments:

Mrs. HaKiMi a.k.a ViOLeT said...

cintailah mereka yang mencintai kita.... sayangila mereka yang sentiasa disisi kita... berdoalah moga ALLAH kekalkan mereka disisi kita..

iman said...

dah menangis..sungguh saya rindukn dia tp dia kini milik orang lain..T_T