Jiwa Penuh Chenta

Monday, May 16, 2011

Talian 999 ; Hidup BERSAMA Mati BERDUA

"ketuk..ketuk..ketuk....."

bunyi pintu rumah aku diketuk bertalu-talu. dah la malam tadi tido kul 5 pagi. tido aku dikejutkan dengan bunyi yang kurang enak. aku pun bergegas bangun untuk bukak pintu. tiba-tiba hati jadi tak sedap. untie india sebelah rumah aku ni bergenang air mata. dalam keadaan aku terpisat-pisat [dengan taik mata dan rambut serabai] dia tanya..

Untie : adik, tau nak call ambulans tak?
Aku : hah, call 999 la.
Untie : pergi rumah adik
Aku : sapa sakit untie?
Untie : suami saya!!

aku dengan blur dipagi hari. terus masuk rumah ambik kunci, tutup pintu dan berlari ke rumah berkenaan [selang 3pintu dari rumah aku] melayang tudung aku, nasib pakai baju tido yang tak seksa mata memandang,

*talian bizi*

aku sebenarnya TAK PERNAH call nombor 999 tuh.. susah tul nak tembus talian tuh.. sampai aku bengang aku rasa macam aku tekan nombor yang salah.. aku gi tekan nombor 911 haha jadah pe kan.. aku tekan balik nombor 999 tu. ALLHAMDULLILAH.. dapat.. tapi kenapa ye, too many things la operater tuh tanya.

*situasi*

Operater : talian kecemasan
Aku : ada orang sakit dada
Operater : hah, okey. sekarang saya nak sahkan dulu alamat, bla..bla... [separuh normal, macam cakap dengan robot]

*Uncel dah ayo-ayo kat sudut tepi, Untie stil rilek, siap tukar baju untuk uncle lagi. [tiba-tiba rasa best je kahwin ni]*

Aku : saya tak tau dia buat alamat apa. sebab ini jiran saya. alamat yang saya boleh bagi ialah bla..bla.. [baru aku pasan, alamat kami, walaupun sama blok, tapi beza, aku guna lain, Untie guna lain, tapi surat-surat stil boleh sampai]

Operater : boleh saya dapatkan no talifon cik dan nama.
Aku : hah, boleh... bla..bla.....
Operater : sebentar lagi saya akan sambungkan cik yani dengan pihak hospital. nanti cik yani cakap dengan pihak hospital yer.
Aku : er. aha... okey2...

*Uncle dah makin sakit, aku lak yang berdebar2*

Nurse : okey, cik yani. saya sahkan dulu no talifon cik yani.. bla..bla..bla...
Aku : ye. [babik tul!!! ulang2 benda sama..]
Nurse : pesakit sakit apa?
Aku : dada.
Nurse: okey, ambulans dalam perjalanan, sebelum saya nak tanya sedikit soalan
Aku: ok.
Nurse : berapa umur pesakit
Aku: 63 tahun [setelah tanya untie]
Nurse : ada nampak muka pesakit pucat.
Aku : tak pasti. tapi dia nampak sakit sangat.
Nurse : ada nampak pesakit berpeluh.
Aku : tak.
Nurse : ada pesakit muntah-muntah
Aku : belum lagi. tapi dia still duduk.
Nurse : ok. biarkan dia duduk, jangan bagi minum dan makan apa-apa lagi. cik yani, boleh hantar sapa-sapa tggu ambulans di bawah.
Aku : ha.. baik2..
Nurse : kalau jadi apa-apa lagi selain dari yang saya bagitau sila call balik 999 ye cik yani.
Aku: okey2...

*selang 5minit ambulans sampai, perghh dalam keadaan kecemasan, 5minit pun rasa LAMA..*

Nurse dan rakan-rakan, naik kat rumah, chek BP dan semua.. bawak naik wheelchair dan uncle dan untie pun dah naik ambulan. mata aku segar terus. hilang blur, kembali berpijak dibumi nyata. ADA ORANG SAKIT..!!

sementara nurse tu chek BP uncle, pemandu ambulan tu sempat tanya "awak ke yang call?!" aku jawab "yup." dia kata "bagus eh, saya macam pernah jumpa awak, tapi kat mana?!" aku *senyum je*

serius, aku tak pernah call talian kecemasan, cuba suka-suka hati nak dail pun tak pernah. dan ini lah kali pertama aku dail. dan the best things, aku belajar hari ni dalam kecemasan, sila jadi manusia paling COOL macam untie, walaupun yang sakit itu suami kesayangan. tapi dia still cool. aku suka orang macam tu, tak kecoh-kecoh.. tak kelam kabut.. rilek je. buat pengetahuan aku dan korang, uncle baru je kuar IJN 6hari lepas. sakit jantung. so ini adalah simpton-simpton nak kena serangan jantung. hmmmm..  untie, tukar kan pakaian uncle, pakaikan selipar, walaupun tergambar di riak muka untie, bertapa risaunya dia. dan aku lihat airmata dia masih bergenang. aku tahu dia KUAT.. itulah kelebihan WANITA..

aku tak tau nape, aku membesar dengan mereka-mereka.. laluan depan rumah jadi tempat permainan aku dan angah. angah pernah tusyen dengan anak untie, aku pernah kena cubit dengan untie masa kecik-kecik. bila untie dan uncle bergaduh.. aku selalu dengar.. untie potpet.. membebel bla..bla.. hurm... dulu, kalau aku balik dari kolej or cuti semester, aku selalu nampak uncle duduk kat beranda depan, baca paper.. sembang dengan aku bila aku lalu depan dia. ceria je. tapi sejak dia sakit jantung, dia dah jarang duk depan beranda lagi. damn it!!! banyak benda aku miss.. hurm..... hope uncle okey, dia pun dah berumur 63tahun lebih kurang baya nenek aku kat kuala pilah..

hurm.. dan tiba-tiba aku nak.. walaupun apa-apa pun yang terjadi dalam hidup aku. biarlah aku kekal bersama dengan suami hingga hujung nyawa. tengok untie dan uncle dah tua-tua pun stil take care antara satu sama lain, aku nak my mum dan my dad pun macam tuh jugak. aku nak hidup aku pun macam tuh gak. SUSAH DAN SENANG biarlah BERSAMA...

buat bakal yang jadi suamiku,
saya nak hidup bersama awak, menjalani kehidupan susah dan senang. dan mati berdua dengan awak. sebab mungkin saya pergi dulu.. atau awak pergi dulu. kalau kita pergi sama-sama.. saya nak satu liang lahad dengan awak... dan kalau saya pergi dulu, redhailah saya sebagai isteri awak dunia dan akhirat.

HIDUP BERSAMA.. MATI BERDUA..




p/s: hope uncle okey.. sihat lepas ni.. dan untie terus TABAH dan KUAT
p/s/s: untuk aku dan keluarga, kena jaga permakanan lepas nih
p/s/s/s: my dear, haha awak dah senja, jaga diri baik-baik eh..
p/s/s/s/s: untuk Operater dan Ambulans, stop soal banyak-banyak. letih la jawab soalan. but thanks sebab cepat sampai.

No comments: