Jiwa Penuh Chenta

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

kepada mereka yang sedaya upaya mahu 
memanusiakan manusia.

terima kasih Cikgu
menjadi pembuka jalan kepada masa depan saya,
menjadi pencetus minat saya,
menjadi kebanggaan semua pihak dan masyarakat,
sanggup membakar diri melihat anak didik mu berjaya,

terima kasih Cikgu
sanggup memarahi saya, dikala saya tido dalam kelas
sanggup merotan tangan saya, dikala saya tidak siap kerja yang diberi
sanggup denda saya, bila saya lewat kekelas dan beri pelbagai alasan
sanggup baling kapur, bila saya bersembang waktu cikgu mengajar
sanggup ketuk kepala, dikala saya lupa sesuatu

terima kasih Cikgu
halalkan setiap ilmu yang diberi..
halalkan setiap kasih yang diberi
halalkan setiap sayang yang lahir dari hati
halalkan segala-galanya Cikgu...

dan buat Mama
terima kasih kerana menjadi CIKGU dalam kehidupan along...

buat Abah,
terima kasih kerana menjadi CIKGU dalam dunia manusia yang memakai pelbagai topeng

buat Ibu, 
terima kasih kerana menjadi CIKGU dalam hidup ini, orang yang bersabar akan menang.

buat kawan-kawan,
terima kasih kerana menjadi CIKGU bahawa hidup ini ceria dan menceriakan.

buat musuh dan pengkhianat,
terima kasih kerana menjadi CIKGU bahawa aku perlu berhati-hati dengan manusia seperti kamu, 
dan kamu lah yang "terbaik" dalam kehidupan aku


No comments: