Jiwa Penuh Chenta

Tuesday, April 26, 2011

sejuk beku

Tahun lepas-lepas, tahun 2009 dan 2010.. Kata orang, barang yang lepas jangan dikenang. Tapi aku ni jenis cepat sentap kalau aku rasa hal itu berkait dengan aku.

Dulu , tahun 2009 dan tahun lepas.. Tahun bagi aku  yang aku tak berdiri dipaksi yang benar.. Tahun bagi aku, aku tak fikir diri sendiri.. Aku tak pentingkan masa depan.. Bermula dengan tahun 2009, membuang masa menjadi keseronokkan dan aku ketagih.. Dua tahun berturut-turut..

Lepak di alam maya, berbeza dengan alam nyata. Dua tiga pagi masa sanggup berjaga. YM sana, facebook sini… bezanya, aku tak minum teh, aku tak hidu asap rokok.. Kau tak ambil ganja depan aku,  Sungguh beza hidup aku tahun-tahun lepas..  Dulu aku fikir, lebih baik lepak alam maya, dari lepak kat mapley, lepak kat Pavi, lepak kat TS.. Duit tak habis, tak penat.. Aku cari kawan.. Aku cari sahabat..  Aku cuba nak lupa kenangan lama, konon nak cari alternatif baru.. Haukkk!!!

Dulu aku guna facebook mobile via celcom sms, tapi setelah ditegur oleh KAWAN, yang mahu lihat aku berjaya!! Ulang baca, yang mahu lihat aku BERJAYA.. Dia tegur akan kelalaian aku dalam dunia maya.. Setiap detik aku updates status guna SMS, dia hitung dan keesokkan pagi dia perli2 aku.. Manusia tak sedar diri je, akan buat tak tahu.. Tapi alhamdulilah aku sedar diri lagi.. Arghh mana taknya, dah ada broandbad masih lagi mau guna via CELCOM SMS lagi.. Tak ke gila nama….

Masa tu, aku gila main satu game melayu, ketagih sangat.. Aku dapat kawan, aku kenal kawan, semua dari game tuh.. Tapi banyak mana aku dapat, banyak itu juga aku hilang!!! Sumpah aku benci dan fobia jalinkan persahabatan dalam alam maya.. [itu yang aku rasa, hari ini!!]

Aku bukan tak nak tegur kau!! Tapi aku takut aku hilang kawan lagi.. Dari hilang, lebih baik kita kita kurang mesra, bila sekali sekala kita bertegur sapa, 'rasa' itu ada… kau selalu kata 'facebook dah makin bosan' aku baca komen kau tadi, aku tahu pada sapa kau tuju..  tapi keadaan kita dah tak macam dulu, aku harus tumpu pada study, kau harus tumpu pada kerja kau.. Pada hidup kau.. Ye, dulu kita sharing semua.. Kita berempat.. Tapi aku tak tau apa sebabnya, aku hampir hilang semua kemesraan yang ada.. Mana dia yang pernah mahu bersahabat sampai mati dengan aku?? Mana dia perhatian yang aku dapat dulu?? .. Sikit pun aku tak nak ungkit. Tapi bila aku tak komen kau, bila aku tak like status kau, kau tulis macam kau tuju pada aku.. Betulkan kau tuju pada aku.. Sapa lagi yang rapat dengan kau, kalau bukan aku dan mereka..

Kalau dulu, dia buang N, sekarang dia buang aku.. N pulak dengan dunia dia.. Aku tak nak kacau hidup orang yang baru nak bahagia.. Kau pulak dengan hidup kau.. Semua orang ada kehidupan masing2.. Aku pulak, aku baru tersedar dari mimpi ngeri.. Aku harus cari kekuatan dulu.. Aku harus bangkit dari aku jatuh.. Aku dah bergolek-golek jatuh kebawah dan makin ke bawah.. Terima kasih pada yang sudi kutip aku!! Thanks sangat2.. Terima kasih sudi terima aku yang banyak ragam ni, terima kasih sudi bersama dengan aku yang hina luar dan dalam…

Beza!!! Maya dan nyata.. Alam maya tak mampu nak gapai tangan yang aku sedang hulur mintak pertolongan dari semua yang aku sayang dan rapat.. Tahun 2011, aku jadi seperti aku yang dulu, aku hanya bergaul dengan manusia yang kenal dalam dunia NYATA!!! Inilah dunia aku sebenarnya.. Kalau dulu aku boleh bermegah dan selalu cakap, walaupun alam maya, aku punya kawan rapat. Aku punya kakak, aku punya abang, aku punya adik. Arghhhh itu MAYA, khayalan cuma.. Terlalu IDEAL dari yang REAL.. Tapi sekarang, aku dah tak boleh bermegah lagi.. Aku tak boleh nak riak, aku tak boleh kata 'owh, dia abang saya' 'owh dia kakak aku la.. Apahal kau manja2 dengan dia' tak boleh dah.. Sebab alam maya bagi aku terlalu banyak benda yang palsu.. Everything fake..!!! Kepada yang dah jumpa aku kat alam nyata, bertuah la.. Kalau aku masih bertegur sapa dengan korang.. Tapi yang belum pernah, jumpa tapi sebelum ini kita rapat.. Dan kau terasa aku menjauhkan diri.. Aku MINTA MAAF… terlalu banyak benda yang buat aku kecil hati…

Kita dah kenal dalam alam maya dah setahun lebih, sama tua dengan game tuh.. Aku bangga, kita paling otai..  Tak silap aku, kita mula kenal hujung tahun 2009, tak silap aku.. Banyak benda kita share.. Sumpah, aku rindu kita yang dulu2.. Tapi masa berubah.. Kita semua pun berubah.. Aku pun dah berubah..  Aku mula perasan, yang kita dah kurang communicate dalam pertengahan tahun 2010.. Tapi masa tuh aku still okeh lagi. Sebab masih berpegang, walaupun alam maya, masih ada jujur dan setia, yang tak akan tikam aku dari belakang, yang tak kan buang aku kalau aku hina sekali pun.. Aku percaya tuh!

Tapi permulaan tahun 2011 tak seperti aku harapkan.. Lagi aku mintak supaya persahabatan ini dipanjangkan.. Lagi banyak dugaan yang melanda.. Aku hilang kawan, aku hilang seteru.. Hanya kerana satu kejadian yang bagi aku kecil namun besar bagi dia.. Aku hilang dua orang sekali gus.  Disini, aku cari siapa kawan dan siapa lawan.. Siapa yang hadir berdiri megah belakang aku, saat aku hampir terjatuh.. Sungguh mereka dua banyak pengaruh dalam hidup aku. Kalau sorang sudi pinjam bahu untuk aku tangis, sorang lagi sudi beri aku kata-kata semangat dalam bentuk caci dan hina, tapi aku sikit tak terluka dan ambil hati. Sebab aku kenal diaorang, tapi itu dulu, kalau kau tanya sekarang, aku dah tak kenal mereka macam ner.. sekarang, sorang buang aku terus, sorang lagi pergi senyap2..

Dan kau!! Aku tak nak hilang kau.. Jadi sebelum itu terjadi, baik aku menjauhkan diri.. Tapi mungkin cara aku salah.. Tapi aku tak tahu dah nak communicate macam dulu balik, aku jadi kekok.. Aku jadi kelu. Aku hilang kata-kata.. Gila-gila aku hilang, bila aku terlalu berhati-hati nak communicate dengan orang yang kenal dalam alam maya, without jumpa aku di alam nyata.. Aku jadi risau, aku jadi takut. Takut silap aku dulu berulang..

Bila persahabatan aku hancur, aku risau juga dengan hal chenta. Sebab ia dari asas yang sama. MAYA.. Walaupun aku dah NYATAkan.. Tapi asasnya tetap sama.. Hmmmmm…

Dah baca, hadam.. Jangan simpan dan pendam. Jangan risau, tempat ini tempat sejuk beku. Untuk gadis macam aku..  =) 

 
 

p/s: aku bakal kehilangan kawan nyata .. Tahun ni tahun last bagi dia. Aku ada setahun lagi. Selamat menempuh alam pekerjaan sayang.
p/s/s: habit terbaru aku kat facebook, update status, tunggu orang like, orang komen sedas dua, lepas tuh aku delete. Haukkk kan.. Haha
p/s/s/s: beliau; sangat bahye, dia kata aku suka dibelai; peluk  dan cium. Erk?! Haha shyyyy diam2…. Arghh, beliau bercakap berlandaskan pengalaman. Penyelia aku ni punyai analitikal yang sangat tinggi.



9 comments:

inviman said...

so sad, but its the true story...

hurm... "tersentuh"... bukan manusia jika keras hatinya, bukan air jika batu kerasnya, dan bukan hujan jika emas turunya....

i feel like wanna to cry, hurm... alam maya, who knows rit...

ko kena ingat tentang manusia, hari2 manusia menimba pelbagai benda, dengan itu juga manusia berjalan di dunia, dan manusia tidak membuat perkara yang sama,..

hidup ini perit kan, kadang2 kita kene lari dari mereka, bukan niat untuk menghindari, tapi untuk menyendiri....

bukan semua mimpi boleh jadi kenyataan, bukan illusi sebagai hamparan, bukan diri untuk dipersalahkan.... be free, be free my friend... be free.... insyallah...

Illyani Ismail said...

=) yeah... setiap hari belajar benda baru..

aku dah tak heran dah dengan alam maya...

dah tak heran dengan manusia yang tak heran dengan aku..

betul kata kau, kita bukan nak menghindari tapi menyendiri.. but now, aku nak menghindari.. menjauh.. dengan manusia yang tak kenal aku secara berdepan.

kecil hati dengan tindakan aku, silakan... sini tempat sejuk beku, gadis macam aku....

and for you, aku tak de seteru dah.. haha tak de sapa nak gaduh dengan aku.. lau ajak gaduh pun semua nak jaga hati aku. BOSAN!! dengan manusia FAKE.....

inviman said...

kau berkata se olah-olah kau itu adalah sejuk beku...

jaga-jaga... kata-kata itu bernoda...

jangan nanti orang kata meludah kelangit...

kau ckp, ko xheran dh, one day, whats around come around.... get it....

inviman said...

ouh yer... + (R) at the end of your last comment... wahahahahhaa

Illyani Ismail said...

hahaha FAKER??? haha macam2 la kau ni....

yeah... kalau sejuk beku itu perlu supaya aku tak sakit hati bila benda2 kecil jadi.. maka aku perlukan ia...

heran tak heran.. lau ALLAH kata kun fa ya kun.. aku nak buat apa.. sekarang ni pun orang tak duli..

hurm... aku tak buat orang.. aku harap orang tak buat aku.. tapi setiap kali yang terjadi asik aku je kena mengalah..

percaya janji allah... mengalah tak semestinya kalah... apa ada hal.. riak tak??? hahaha

=p

inviman said...

p mampos org yg xduli... xtau ape salah tibe moddy semacam....

wa xheran beb. mana ajaran dapat xtau lah.... nih org kata, lembu bawak TAHI... habes kambing kene bedal... hahahahahaa... masyuk r pepatah aku... hahahah.... mmg tahi dia tuh.. FAKER....

hurm... ikut suka hati kau lah... itu kata2 kau.... yang penting tekad... wokeh....

Illyani Ismail said...

yang aku risaukan.. kalau aku dah tekad.. aku tak dah duli orang... aku jadi manusia kejam...

benda dah jadi.. itu yang aku risau..

hahaha tahi2 pun.. dulu kawan... sekarang lawan.... haha ntah.. aku nak tengok sampai bila dia leh bahagia... hahaha aku rasa teranayai... huahuahua.... jahat tak aku?????


grrrrrrrr madafaka tul beliau tu.....

inviman said...

aku yang xtahu salah ape nih kene sekali.. apehal... klu jantan sound beb, klu ak salah ak leh trime...

klu nk bertumbuk bersepak ker, itu dh belakang kira.... yang penting g tau salah ape....

itu suka hati kau.... ak tetap cam dulu... like i said, i have no friend, i love to love the enemy of my friend... they know a lot you know... ahahahaha

Illyani Ismail said...

aha eh.. sebab apa eh kau kena sekali... sebab kau pun join sekali, layan gila aku... hahaha sian kau...

sory ar musuh!!! hoho....

weh.. gua tak de kawan nih... mush cam ramai je... haha

bahye sungguh!!!!