14 July 2020

Kehilangan

Kau tahu apa yang paling aku takut? 

Apa sahaja yang bernama kehilangan. 

Aku pernah menangis belakang lorong, hanya kerana cincin aku longgar dan terurai dari jari. Sedar sedar hilang. 

Aku pernah menangis beria ia sampai sujud di kaki Mama, hanya kerana aku kehilangan gelaran dekan. 

Aku pernah menangis bersungguh sungguh di tepi jalan, dalam lrt, dalam kereta, hanya kerana orang yang aku harap jadi suami aku bernikah dengan perempuan lain. 

Aku pernah menangis sampai bengkak mata menyalahkan diri atas kematian arwah Wan yang berulang kali sebut nak jumpa aku. Tapi aku tak pulang pulang. 

Aku pernah menangis menyalahi diri kerana tidak menemani arwah auntie di hospital sedangkan masa mama sakit dia terlebih dahulu kedepan untuk jaga mama. 

Ahhh itu coretan sebahagian cerita mengenai memori kehilangan aku. 

Dan sekarang, setelah terlalu banyak kehilangan demi kehilangan yang aku rasa.

Aku paling takut kehilangan kau. 

Aku sedar. Aku berada di keadaan yang goyang. Tidak kukuh. 
Sedangkan kau berpasakkan akad. Janji yang tertulis dihadapan kalam allah. 

Aku sekadar satu perasaan yang mungkin akan hilang bila ditiup pergi. 

Aku takut. Aku hilang kau. 

Sehingga muncul dalam fikiran aku, aku tak terdaya untuk menangis atas kehilangan ini. 

Meninggalkan lebih baik dari ditinggalkan. 

Aku tahu, aku negatif. Sangat negatif. Tapi tak terdaya.

Sangat. Tak kuat.

Aku orangnya sangat berharap. 
Aku orangnya yang suka yang indah indah.
Aku orangnya yang suka sesuatu yang mudah.
Aku orangnya simple. 

Tapi urusan hati, buat aku jadi rumit..

Aku benci keadaan ni. 

Melarikan diri kelihatan mudah dalam konteks pemikiran aku.

Mudah tapi perit. 

Sakit. 

Sayang awak sangat!

No comments: