16 October 2020

Kisah Hero Jaket Oren

16.10.2020

Emosi tercalar.
Di malukan di khalayak ramai. 
Maruah di pijak pijak.

Kehidupan peribadi aku dijaja. 
Katanya duli tapi sebetulnya tuli. 

Kisah kita mungkin tema nya sama. 
Tapi isi cerita berbeza. 
Pelakon dan skrip juga beza. 
Sama tapi tidak akan serupa. 

;)

Terima kasih atas pengalaman.
Betul prinsip aku selama ni, rakan sekerja habis sebagai rakan sekerja. 

30 September 2020

another story

Pernah tak terfikir bahawa hidup ini sekadar hidup. 

Tidak bermakna apa apa? 

Sedaya upaya memenuhi keinginan orang orang di sekeliling.

Bertahan kerana apa pun kau tak tahu.

Yang pasti. 

Segala impian semakin kabur. 

Kau mula hidup untuk hari ini sahaja.

Esok hari kemudian fikir. 

Tiada lagi 1 tahun akan datang, 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang.

Tiada. 

Pelik bukan? 

Semangat itu seolah hilang. 
Terbang melayang.

Lost. 

28 September 2020

Iddah

 24.09.2020


Lafaz dizahirkan dihadapan hakim. 

terputus hubungan antara mereka secara akad.

anak-anak menjadi bukti bahawa kami wujud atas dasar cinta dan kasih sayang mereka. 

3 bulan dari sekarang, 

bukan pengakhiran tapi permulaan. 


:)

14 September 2020

Garis Penamat

Bohong kalau aku tak sedih. 
Aku anak manja abah. 
Dulu, tak akan pergi klinik selagi bukan abah yang bawa. 
Sanggup demam tak larat bangun.

Bohong kalau aku boleh terima. 
Sebab aku tahu, dalam diri mereka masih ada sisa kasih sayang. 
35 tahun hidup bersama, pelbagai kisah dilalui bersama. 
Walaupun cinta sudah pudar. 
Sayang masih utuh.

Aku hanya mahu mama hidup bahagia tanpa ada rasa cemburu dihati. 

Aku hanya mahu abah lalui kehidupan tanpa dengar mama runggut itu ini tidak adil. 

Cukuplah. 

Aku sayang dua dua. 
Dua dua nyawa aku.
Hidup aku.

Aku tak menangis dihadapan kalian. 
Aku perlu kuat. 
Aku tak nak aku dijadikan alasan sekali lagi untuk kalian terus bersama. 
Aku yang terus dihantui rasa bersalah. 
Mana mungkin hidup bersama tanpa cinta. 
Tapi aku tahu, sayang yang masih bersisa yang buat kalian boleh semeja.

Aku kah anak yang berdosa? 
Langsung tidak membentak.
Langsung tidak menyanggah.
Malah terus menyokong, andai itu kalian rasa terbaik.

Aku berada di tengah tengah antara kalian tadi. 
Aku berada di baris belakang memerhati kalian tadi.

Air mata mama yang bergenang.
Riak wajah abah yang kecewa.

Ahhhhh mana mungkin kalian lupa. 
Ini cinta pertama!
Cinta pena.

Tapi apa daya, bila ia memudar.. 
Tiada rasa, yang wujud sekadar wayang hambar.

Adakah ini garis penamat?

10 August 2020

Life

 “The greatest gift you can give someone is your time because when you give your time, you are giving a portion of your life that you will never get back.” Anonymous
I L O V E Y O U S O M U C H 

06 August 2020

Halal Haram

Kadang kadang cemburu itu datang tiba tiba. 

Adakah sama layanan yang dia terima daripada kau? 

Adakah sama panggilan yang kau panggil dia?

Adakah sama setiap ciuman berahi kau pada dia? 

Adakah sama cara kau mengoda dia? 

Adakah rasa keinginan kau juga sama pada dia? 

Adakah cinta kau melebih lebih pada dia? 

Adakah perhatian dan ingatan kau tertumpu pada dia sahaja? 

Semua yang aku dapat, aku rasa, aku nikmati, adakah sama seperti dia? 

Sifat banding membanding itu membuat cemburu aku menjadi - jadi. 

Persoalan demi persoalan terhidang. 

Dan aku terus membandingkan diri. 

Ternyata dia halal bagi mu dan aku sekadar........

:(

Kalah. 

27 July 2020

Blue Lagoon, PD

"At the beach, life is different. Time doesn’t move hour to hour but mood to moment. We live by the currents, plan by the tides and follow the sun.“ – Sandy Gingras
💘

17 July 2020

Kebergantungan

Pernah tak rasa saat kau boleh sendiri, kemudian hadir insan mewarnai.. 

Kemudian perasaan kau harus laku sendiri, 
Mula menjelma diri..

Rasa kebergantungan semakin hilang,
Yang ada hanya bayang bayang..

Fikiran menerawang.

14 July 2020

Kehilangan

Kau tahu apa yang paling aku takut? 

Apa sahaja yang bernama kehilangan. 

Aku pernah menangis belakang lorong, hanya kerana cincin aku longgar dan terurai dari jari. Sedar sedar hilang. 

Aku pernah menangis beria ia sampai sujud di kaki Mama, hanya kerana aku kehilangan gelaran dekan. 

Aku pernah menangis bersungguh sungguh di tepi jalan, dalam lrt, dalam kereta, hanya kerana orang yang aku harap jadi suami aku bernikah dengan perempuan lain. 

Aku pernah menangis sampai bengkak mata menyalahkan diri atas kematian arwah Wan yang berulang kali sebut nak jumpa aku. Tapi aku tak pulang pulang. 

Aku pernah menangis menyalahi diri kerana tidak menemani arwah auntie di hospital sedangkan masa mama sakit dia terlebih dahulu kedepan untuk jaga mama. 

Ahhh itu coretan sebahagian cerita mengenai memori kehilangan aku. 

Dan sekarang, setelah terlalu banyak kehilangan demi kehilangan yang aku rasa.

Aku paling takut kehilangan kau. 

Aku sedar. Aku berada di keadaan yang goyang. Tidak kukuh. 
Sedangkan kau berpasakkan akad. Janji yang tertulis dihadapan kalam allah. 

Aku sekadar satu perasaan yang mungkin akan hilang bila ditiup pergi. 

Aku takut. Aku hilang kau. 

Sehingga muncul dalam fikiran aku, aku tak terdaya untuk menangis atas kehilangan ini. 

Meninggalkan lebih baik dari ditinggalkan. 

Aku tahu, aku negatif. Sangat negatif. Tapi tak terdaya.

Sangat. Tak kuat.

Aku orangnya sangat berharap. 
Aku orangnya yang suka yang indah indah.
Aku orangnya yang suka sesuatu yang mudah.
Aku orangnya simple. 

Tapi urusan hati, buat aku jadi rumit..

Aku benci keadaan ni. 

Melarikan diri kelihatan mudah dalam konteks pemikiran aku.

Mudah tapi perit. 

Sakit. 

Sayang awak sangat!

13 July 2020

Kelahiran.

Usia aku melihat kawan kawan bermain dengan anak anak tersenyum bahagia di samping suami. Dari kelahiran demi kelahiran. 

Indah. Bahagia. Lengkap. Sempurna.

Menganyam angan angan agar aku jua merasai saat indah tersebut. 

Benci sangat kah Tuhan pada aku, sehingga kini belum memberi izin.

Jemu menjawab soalan yang diutarakan.
Cemburu menjadi jadi. 
Sehingga aku mula membenci!
Berpura pura mengasihi.

Adil kah Tuhan dengan segala rasa ini, ini yang aku sanggup sewaktu roh aku ditiup rahim Mama ku?

Tahniah, selamat menerima kelahiran baru. 

Hopeless


Tiada siapa yang faham apa yang bersuara di dalam otak. 

End up, kau menangis seorang diri di setiap malam hiba. 

Menangung sakit pedih yang kau sendiri cipta. 

Yang konon akan berakhir dengan bahagia. 

Masih mencuba berbaik sangka pada yang Esa. 

Kerana Dia pemilik jiwa. 

Semoga hati yang berbalok balik tidak berakhir kecewa. 

09 June 2020

Permata

"Rings are like a biography—a story that tells the many chapters of our life."

06.06.2020
"Pakai nih, bila abg pegang tangan, abang tahu dia ada sini (jari)"

Bunyi lebih kurang macam tu.

"Nanti, tempah cincin kahwin macam nih gak" 

Semoga Allah SWT mudahkan urusan kita. 

Aaminn.

03 June 2020

Surat Chenta 5

Apabila aksara di kawal emosi tercela. 
Berantakan rasukan dijiwa. 
Entah apa yang bermain di minda hingga mudah terhiris rasa.
Hingga hilang adab sebagai wanita.

Mencerca diri menjadi amalan.
Mewujudkan rasa tidak aman.
Bertikam lidah.
Membawa beban dan gundah.

Setinggi mana cinta dan sayang?

Aku mencintai kau dengan cara aku.

Aku berdoa kau adalah jodoh untuk aku. 
Bertahan dengan cara aku.
Menjadi kekuatan untuk aku.
Mencari aku bila aku bukan lagi aku. 

Kerana aku manusia
Hati aku berbolak balik

Pimpinlah aku.
Dengan cara yang diredhai MU.


19 April 2020

PKP Fasa 3

Masih lagi menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan dari Fasa 1 ke Fasa 2 seterusnya Fasa 3.

Pelbagai rasa dan fikiran. 
Datang dan pergi. 

Menjadi seorang yang tidak mementingkan diri rupanya menjadi kesalahan bagi orang lain. 

Kukorbankan segala keinginan untuk memudahkanmu, menyenangkanmu, pengakhirannya aku yang tidak bersungguh di mata mu. 

Dunia akan membenci kita, jika aku mementingkan diri. 

Selalu sedar, aku orang ketiga dalam kehidupan mu. 

Dipuja menjadi indah, dibuang menjadi mudah. 

Cinta ini perit buat aku. 

17 March 2020

Wabak 2019

Macam-macam perkara berlaku sekitar awal tahun 2020.

Harap akan berlalu dengan segera. 

Aamin. 

23 February 2020

Selamat Tahun Baru 2020

Permulaan yang sangat menguji kekuatan mental dan fizikal. 

25.12.2019 kami dikejutkan dengan pemergiaan Wan secara mengejut, punca kematian sesak nafas. Rentetan dari itu, 02.01.2020 - 05.01.2020 mama masuk wad HKL kerana chest pain dan unstable anging. 

Bertimpa-timpa perasaaan yang menguji, sehingga merasakan orang di sekeliling tidak memahami, bahawa keluarga kami sedang berada dalam keadaan bergabung dan berdukacita. 

09.02.2020 my fav person suddeny go meet Allah. Its breaks my heart. 

Allahuakbar. 

Ujian yang kuat bagi keluarga besar kami.