Jiwa Penuh Chenta

Friday, March 29, 2013

Rahsia ALLAH SWT

kehadapan suami,

persoalan demi persoalan timbul di benak.
adakah aku mampu dan sanggup untuk tinggalkan segala yang telah aku selesa.

ibarat aku sedang menggadaikan sesuatu yang aku sayang, untuk aku cuba dapatkan apa yang sendiri tak tahu sama ada berjaya atau tidak di masa depan.

mampu? sanggup?
bertubi-tubi persoalan ni.
dan aku masih biarkan ia tidak berjawab.

apa yang aku mampu? apa yang aku sanggup?

okay, let say about perkahwinan.

ada yang kata perkahwinan satu perjudian. sama kita menang atau kalah, itu cara kita bermain.

ada yang kata perkahwinan satu perkara yang suci. suci? aku tak nampak kalau nak dibanding dengan institusi perkahwinan dan kekeluargaan zaman sekarang.

tapi aku pasti, perkahwinan atau pernikahan adalah salah satu nikmat syurga yang diturunkan di Bumi oleh ALLAH SWT kepada hambanya. segalanya kita lakukan dengan suami kita adalah pahala yang berlipat ganda. halal.

yes. nikmat syurga.

okay persoalan yang timbul nya,
mampu kah aku menjadi isteri yang sempurna untuk suami aku suatu hari nanti? mampu kah aku menjadi isteri yang membahagiakan suami aku suatu hari nanti?
mampu kah aku menjadi isteri yang menenangkan suami aku suatu hari nanti?
sanggup kah aku sekiranya apa yang aku impikan tidak menjadi kenyataan?
sanggup kah suami aku sekiranya selepas kahwin aku tidak seperti apa yang suami impikan?
mampu aku dan suami sama-sama hidup susah dan senang?
mampu dan sanggupkah aku dan suami hidup berjauhan atas faktor-faktor kerjaya dan sebagainya?
sanggup kah aku melakukan pergorbanan, meninggalkan zaman bujang, tidak cukup tidur sebab anak menangis waktu malam, berkerja keras untuk membesarkan anak? sanggup kah aku? mampu kah aku?
mampu kah aku nak didik anak-anak kami, mampu kah aku jadi ibu yang sempurna untuk anak-anak kami?
terdidik kah aku dengan kesabaran bila berhadapan dengan karenah anak-anak kami nanti, saling berkerjasama kah aku dan suami dalam mendidik dan membesar anak-anak kami nanti?
mampu kah aku terima ujian dari ALLAH SWT dari sudut lain kelak?
sanggup? mampu?

persoalan demi persoalan.
dan aku masih biarkan ia tidak berjawab.

mama pernah cakap, bila aku beria-ia mengatakan, "takpe, kalau dah kahwin duduk jauh2. zaman sekarang kan macam tu. skang ni pun bercinta jarak jauh je" mama jawab, "sanggup ke? sekarang tak dapat, memang kata tak pe, cuma kalau dah dapat?!" aku diam, pandang sepi, cuba memahami makna 'dapat' mama. mungkin dari segi nikmat perkahwinan. aktiviti seksual. mungkin. dan dari segi lain, 'dapat' duduk bersama-sama, makan bersama-sama, gelak bersama-sama, susah senang bersama-sama. mungkin itu 'dapat' yang aku faham.

dan aku bertambah faham, bila conversation aku dengan rakan sekerja, dia mengatakan 'bila suami hendak dan kita tak mampu nak beri, sangat kasihan dengan suami'. aku pandang, dan aku terfikir lelaki SATU NAFSU DAN 9 AKAL, perempuan 9 NASFU DAN 1 AKAL. ye, satu nafsu yang itu, kalau tidak isteri beri pada siapa dia nak minta. kalau cari dekat perempuan lain, mula la bergoyah institusi kekeluargaan. okay.

okay, kenapa boleh timbul persoalan ini?
satu sebab aku sedang merangsang otak dan akali berfikir secara logik. sedang ajar diri aku untuk terima perkara2 yang boleh terjadi dalam perkahwinan. mungkin faktor umur aku agaknya. and i think too much about this.

antara sebab-sebab lain,
contoh terdekat family aku, abah kahwin dua. so kalau ini terjadi, what should i do? mampu? sanggup?

contoh lain, kalau salah seorang dari kami sakit. suami sakit, aku kena jaga anak, uruskan anak. ye, tu keja perempuan. tapi kalau aku sakit, suami aku sanggup? mampu?

so many question in my head. macam nak meletup. aku takut sebenarnya. walaupun dalam hati ini cakap, yes, aku dan suami boleh together harungi semua benda ni.

yela, sekarang masa bercinta, tanggungjawab tu sikit je. tak rasa terbeban pun. kalau jadi apa-apa dengan aku, aku masih ada keluarga. dia pun ada keluarga. kami tidak terikat antara satu sama.

kalau dah berkahwin, aku dan dia jadi satu. susah senang, sakit sihat sama-sama. aku ada dia. dia ada aku. dari dua jadi satu. hidup untuk dia. dan kalau dia sudi hidup untuk aku? and for sure ALLAH SWT always the fisrt reason we still life until now.

tapi aku tak faham, why?? persoalan ini harus timbul. sebab aku tengok, orang lain senang je nak kawin, rasa tak ngam, cerai. anak bagi mak ayah jaga. simple, just like A B C 1 2 3.. simple as that. right??

tapi tidak bagi aku, once aku nikah. yes, he's the only one. hope. sebab ALLAH SWT yang lebih tahu. biarlah susah dan senang aku dengan dia. sakit sihat aku dengan dia. anak-anak aku dengan dia. suami aku. kalau ini jodoh aku, biar aku pertahankan, selagi tidak melanggar syariat.

dan aku harap dia juga sedang fikirkan apa yang sedang aku fikirkan.
sediakan mental dan fizikal untuk kita betul-betul bersedia ke peringkat yang lebih bertanggungjawab dan amanah ini. yes amanah, seperti mana abah menerima aku sebagai amanah, suami menerima aku sebagai amanah, dan aku menerima suami sebagai amanah. penuh dengan rasa tanggungjawab dan aku nak aku dan suami sentiasa selitkan dengan rasa cinta, kasih dan sayang untuk setiap tanggungjawab dan amanah yang diberikan pada kami suami isteri. semoga kita sama-sama bersedia.

Ya ALLAH SWT, hanya kau yang maha mengetahui, bila aku sudah benar-benar bersedia, maka permudahkan segala urusan hidup aku untuk ke peringkat yang KAU redhai. hilangkan segala persoalan dengan menghadirkan seorang suami yang mampu dan sanggup untuk bersama-sama dengan aku dunia dan akhirat. supaya kami saling menjaga antara satu sama lain, saling menenangkan antara sama lain, saling kasih antara satu sama lain, saling cinta antara satu sama lain. saling sayang antara satu sama lain. dan bila kami benar-benar bersedia, KAU permudahkanlah segalanya. amin.

Bimbing aku suami, aku ni manusia paling takut untuk pikul tanggungjawab dan amanah. maafkan aku.

yang cinta,
isteri.

No comments: