Jiwa Penuh Chenta

Thursday, January 08, 2009

CINTA VS SUKA


  1. Dihadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi didepan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

  2. Jika kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi, jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka kita akan tersenyum.

  3. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata2. Didepan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

  4. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Didepan orang yang kita suka, kita akan menunjukkan sifat yang sebenar.

  5. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cintai. Tapi, kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

  6. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

  7. Di depan orang yang kita, cinta musim sentiasa berbunga2. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

  8. Di depan orang yang kita cinta, kita takut untuk berterus terang kerana terlalu bimbang si dia akan terguris. Di depan orang yang kita suka, kita terlalu mudah untuk berterus terang kerana kita yakin terus terang itu paling baik untuk menjaga kehormanian perhubungan kamu dan si dia.

  9. Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka bermula dari telinga.

    “ Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Ia umpama kita membuang telinga. Tapi jika kita cuba menutup mata, cinta akan berubah menjadi air mata.”

No comments: