Apabila aksara di kawal emosi tercela.
Berantakan rasukan dijiwa.
Entah apa yang bermain di minda hingga mudah terhiris rasa.
Hingga hilang adab sebagai wanita.
Mencerca diri menjadi amalan.
Mewujudkan rasa tidak aman.
Bertikam lidah.
Membawa beban dan gundah.
Setinggi mana cinta dan sayang?
Aku mencintai kau dengan cara aku.
Aku berdoa kau adalah jodoh untuk aku.
Bertahan dengan cara aku.
Menjadi kekuatan untuk aku.
Mencari aku bila aku bukan lagi aku.
Kerana aku manusia
Hati aku berbolak balik
Pimpinlah aku.
Dengan cara yang diredhai MU.