22 November 2019

November Treat


Beli rumah baru untuk Lulu and Dudu buy from my 💘

Bead Charms buy from my 💘

Heel and LV charms, kumpul sikit-sikit dari duit OT iols.

Sling bag buy from my 💘

All things a sentimental value.
Kasih sayang tak boleh diukur dengan harta benda. 

I love you more 💘

05 November 2019

Needed

The moment i need you. 
You are too busy with your things. 
And that keep remind me, that i bothering you always. 
And make me feel uneasy.
Sorry.

04 November 2019

Bertanya pada Tuhan.

Dari aku kecil aku selalu bertanya pada Tuhan, kenapa aku diberi keluarga yang sebegini. 

Abah aku bernikah dua. 
Mama aku kerap depresed.
Ibu aku yang lembut di hadapan abah.
Aku tiada abang.
Aku tiada adik perempuan.
Adik lelaki aku berontak.
Adik lelaki aku tanya, siapa bapa aku.
Bekas kekasih yang terlalu melindungi.
Bekas kekasih yang kahwin senyap-senyap.
Dan kini kekasih aku berstatuskan suami orang. 

Tak cukup lagi ke air mata yang mengalir sejak aku mengerti bagaiamana perasaan sakit pedih dan perit. 

Kenapa ya tuhan, aku diuji dengan kasih sayang manusia.

Apa janji aku dulu pada Mu? 
Bertahan rasa kah? 
Apa aku tak berhak untuk memiliki dia sendiri. 
Kadang akal jahat, sering meminta supaya dia tinggal tanggungjawab dia. Bercerai.
Tapi aku tidak dibesarkan sebegitu.

Kalau aku faham, berkahwin bukan jalan penyelesaian masalah, bercerai juga bukan penyelesaian masalah. 

Aku sebenarnya tak tahu, apa beban yang aku tanggung. Aku seolah olah meletakkan segalanya dibahu aku sehingga satu tahap aku sebenarnya dah tak mampu.

Aku tahu, aku sering berbuat dosa.
Apakah ini balasan terhadap aku? 

Menjadi aku, bukan mudah. 
Tersilap langkah, cedera parah.

Pasrah. 

Sampai bila

Kau tak mampu sebenarnya. 
Kau tak kuat langsung.
Kau tidak akan kuat seperti mama. 
Kau tidak akan berlembut seperti ibu. 
Tidak mampu. 

Tapi sampai bila mampu bertahan. 
Bila perasaan di serang bertubi-tubi.
Kesan pada sekeliling.. Pada tubuh.. Pada minda..
Kau tak akan kuat, bila perasaan kuasai diri. 

Im sory. Im hurt you badly. 

cemburu seorang perempuan.

Antara cinta yang membara atau kasih sayang.
Tapi cinta boleh hilang sekelip mata. 
Kasih sayang sampai hujung nyawa. 
Hati sering bertanya, dimana aku dalam hatimu. 
Kerana aku sering merasa, aku punca segalanya.
Kasih mu berbelah bahagi. 
Fokus mu hilang.
Beban mu memberat.
Setiap hari semakin penat.
Aku cuma pilihan kedua. 
Dan aku sentiasa cemburukan yang pertama. 
Ya. Cemburu.
Sakit.
Perit. 

02 November 2019

Berat

Cakap cakap dalam otak.
Bising.
Serabut.
Menangis keseorangan.