Keluarga merupakan sesuatu harta yang tiada ukur nilai.
Namun, keluarga juga suka memberi gambaran ia harus dinilaikan.
Menjadi sebahagian dari ini, harus buat kau kuat di hadapan semua orang.
Kekuasaan wang akan menjadi galang ganti bahagianya sebuah keluarga.
Aman damai tanpa sengketa.
Bila hati mula tegar dan kekar.
Segalanya bagai diangin lalu.
Serasa cukuplah hadir aku dimuka bumi.
Cukuplah bersama dengan keluarga ini.
Dimana sang raja berkuda yang mahu selamatkan perempuan yang tercedera emosi dan mental ini?
Meronta-ronta untuk dibawa pergi.
Dan ia kekal di alam mimpi.
Realiti?
Tetap disini.