10 December 2019

salah erti

Bila setiap rasa dan perkara sering difahamkan melalui apa yang diri sendiri mahu faham. 

Tiada daya aku mampu betulkan. 

Definisi kita untuk setiap rasa dan perkara selalu berbeza. 

Dan kadang kadang aku selalu fikir untuk apa kita saling wujud bila akhirnya kita sebenarnya tidak pernah sejiwa. 

Aneh cinta ini. 

22 November 2019

November Treat


Beli rumah baru untuk Lulu and Dudu buy from my 💘

Bead Charms buy from my 💘

Heel and LV charms, kumpul sikit-sikit dari duit OT iols.

Sling bag buy from my 💘

All things a sentimental value.
Kasih sayang tak boleh diukur dengan harta benda. 

I love you more 💘

05 November 2019

Needed

The moment i need you. 
You are too busy with your things. 
And that keep remind me, that i bothering you always. 
And make me feel uneasy.
Sorry.

04 November 2019

Bertanya pada Tuhan.

Dari aku kecil aku selalu bertanya pada Tuhan, kenapa aku diberi keluarga yang sebegini. 

Abah aku bernikah dua. 
Mama aku kerap depresed.
Ibu aku yang lembut di hadapan abah.
Aku tiada abang.
Aku tiada adik perempuan.
Adik lelaki aku berontak.
Adik lelaki aku tanya, siapa bapa aku.
Bekas kekasih yang terlalu melindungi.
Bekas kekasih yang kahwin senyap-senyap.
Dan kini kekasih aku berstatuskan suami orang. 

Tak cukup lagi ke air mata yang mengalir sejak aku mengerti bagaiamana perasaan sakit pedih dan perit. 

Kenapa ya tuhan, aku diuji dengan kasih sayang manusia.

Apa janji aku dulu pada Mu? 
Bertahan rasa kah? 
Apa aku tak berhak untuk memiliki dia sendiri. 
Kadang akal jahat, sering meminta supaya dia tinggal tanggungjawab dia. Bercerai.
Tapi aku tidak dibesarkan sebegitu.

Kalau aku faham, berkahwin bukan jalan penyelesaian masalah, bercerai juga bukan penyelesaian masalah. 

Aku sebenarnya tak tahu, apa beban yang aku tanggung. Aku seolah olah meletakkan segalanya dibahu aku sehingga satu tahap aku sebenarnya dah tak mampu.

Aku tahu, aku sering berbuat dosa.
Apakah ini balasan terhadap aku? 

Menjadi aku, bukan mudah. 
Tersilap langkah, cedera parah.

Pasrah. 

Sampai bila

Kau tak mampu sebenarnya. 
Kau tak kuat langsung.
Kau tidak akan kuat seperti mama. 
Kau tidak akan berlembut seperti ibu. 
Tidak mampu. 

Tapi sampai bila mampu bertahan. 
Bila perasaan di serang bertubi-tubi.
Kesan pada sekeliling.. Pada tubuh.. Pada minda..
Kau tak akan kuat, bila perasaan kuasai diri. 

Im sory. Im hurt you badly. 

cemburu seorang perempuan.

Antara cinta yang membara atau kasih sayang.
Tapi cinta boleh hilang sekelip mata. 
Kasih sayang sampai hujung nyawa. 
Hati sering bertanya, dimana aku dalam hatimu. 
Kerana aku sering merasa, aku punca segalanya.
Kasih mu berbelah bahagi. 
Fokus mu hilang.
Beban mu memberat.
Setiap hari semakin penat.
Aku cuma pilihan kedua. 
Dan aku sentiasa cemburukan yang pertama. 
Ya. Cemburu.
Sakit.
Perit. 

02 November 2019

Berat

Cakap cakap dalam otak.
Bising.
Serabut.
Menangis keseorangan. 

26 October 2019

Kasih 34


"Walaupun bukan kek indulgence macam dekat secret resipi tu.. Asalkan dengan orang yang kita cinta.. Itu lebih membahagiakan.."

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Kasih. 

Semoga Allah SWT merahmati diri mu dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat mu. 

Love you more.

01 October 2019

Hati

Apabila perasaan tidak puas hati tidak disalurkan dengan betul, maka diri mudah   terjentik dengan kemarahan.

Orang terdekat akan terkesan bila kita mula berkasar.

Maka, aku pilih diam. Supaya segala rasa menghilang.

Entah mengapa, ia seakan mencengkam perit. Malah, mungkin, boleh menimbulkan benci.

Hmm iri hati mungkin.

04 September 2019

Pasif

Kadang, bersikap pasif lebih baik.
Sekurang-kurangnya aku berjaya mengawal diri.

Akhir-akhir ini, aku semakin tamak.
Aku takut dengan diri aku sendiri.

03 September 2019

Sumbing

Bukan tidak mahu terima segala teguran, cuma perasaan mengatasi segalanya.

Beza, mereka yang tidak berkepentingan dengan yang tersangat penting.

Maka, terjadi cetusan, aku tidak layak berada di samping mu.

Keyakinan diri terus menghilang, yang menggunung hanya kebimbangan demi kebimbangan.

Cuba lakukan yang terbaik tetapi sumbing tetap kelihatan.

27 August 2019

Surat Chenta 4

Akhir-akhir ini pertemuan kita semakin singkat.

Kalau dulu aku yang sering meminta kau pulang, kini aku yang mula membentak bila kau mahu pulang.

Aneh bukan.

Serasa bukan diri aku sendiri.
Strong but weak.

Pedih dan perit mencintai hak orang.
Maka, pendam dan diamlah.
Jangan menyusahkan.
Tetapi inilah harga yang harus dibayar.

Love you much and more.

Im sorry.

26 August 2019

Surat Chenta 3

Sarat dengan rindu.
Silih ganti lagu pilu.

Tersalah memilih aksara,
Merentap segala rasa.

Dan ego yang bertakhta.
Merampas segala kekuatan jiwa.

Maaf, kalau rindu ini tidak pernah faham keadaan diri mu.
Maaf, kalau setiap bebai ini menjadi bebanan atas pundak mu.
Maaf, kalau setiap rajuk membuat mu tidak terpujuk.
Maaf, atas semua.

Aku tak mampu menjadi seperti mahu mu.
Maaf.




20 August 2019

Surat Chenta 2

Kadang, terkasar perbuatan sehingga buat kau terguris.
Kadang, terlanjur kata sehingga buat kau terasa.
Dicintaimu sepenuh jiwa sehingga aku takut terleka.
Namun, dalam diam aku bersyukur pada NYA. Cuma kadang, aku tak bijak mengatur kata.
Aku cinta kamu.

11 August 2019

Status

Kita tak tahu apa status diri kita sampai saat kau akan dinikahkan sama ada berwalikan bapa atau hakim.

25 July 2019

Cipta Topeng

Bila kita dah mula menyembunyi segala perasaan.

Bila kita dah mula kesat air mata secara sendiri.

Bila kita dah mula tidak selesaikan apa yang tidak sudah.

Kita telah mula mencipta topeng lain untuk dipakai pada hari hari depan.

Kita yang cipta.

28 June 2019

Myself

It became easier day by day.

26 June 2019

Cinta sedih

Cinta bukan sesuatu yang menyedihkan.
Tetapi, masa yang tidak tepat menyebabkan cinta itu menyedihkan.

:(

11 June 2019

Jalan Terus

Masa selalu mengubah sesuatu, menjadi baik atau kurang baik.

Masa terus berlalu.

Meninggalkan segalanya yang merugikan.

Masa juga tidak pernah berputar pada paksi yang sama.

Aku tidak mahu perkataan 'andai' 'kalau' bermain main dibenak fikiran.

Apa yang aku tahu, aku perlu jalan terus walaupun ia sesuatu yang sarat difikiran, berat di jiwa, lelah dipikul dan membuat hati berbolak balik atau memaksa kita membuat satu satunya pilihan dalam hidup.

Kebahagiaan diri atau kepentingan masyarakat.

Menjadi aku bukan mudah.. yang kadang kadang hilang pendoman atau tidak rasional.

Namun, hakikatnya aku tetap perlu teruskan biar jiwa semakin dipalu rindu, hati dirobek parah, tubuh kaku biru.

Bak kata Puan Kaunselor, #moveon walaupun ia memijak badan, menghalang jalan.

Jalan terus.

☺️

29 May 2019

Nilai

Keluarga merupakan sesuatu harta yang tiada ukur nilai.
Namun, keluarga juga suka memberi gambaran ia harus dinilaikan.
Menjadi sebahagian dari ini, harus buat kau kuat di hadapan semua orang.
Kekuasaan wang akan menjadi galang ganti bahagianya sebuah keluarga.
Aman damai tanpa sengketa.

Bila hati mula tegar dan kekar.
Segalanya bagai diangin lalu.
Serasa cukuplah hadir aku dimuka bumi.
Cukuplah bersama dengan keluarga ini.
Dimana sang raja berkuda yang mahu selamatkan perempuan yang tercedera emosi dan mental ini?
Meronta-ronta untuk dibawa pergi.
Dan ia kekal di alam mimpi.

Realiti?
Tetap disini.

20 May 2019

Annoying

Taktala segala yang merungsingkan, terurai.
Tidur malam mu menjadi senang.
Taktala segala yang menyebalkan, terlerai.
Kehidupan seharian mu menjadi tenang.

Terima kasih, Kasih.
Sudi mendengar.

06 May 2019

Kebiasaan

Bila tidak lagi memeluk erat seperti biasa.
Serasa jiwa tidak seirama.
Harum bau tidak sekata.
Perasaan mudah meronta.

02 May 2019

Doa vs Takdir

Andai maut yang memisahkan tiadalah daya aku mampu menghalang.

Hilang segala kekuatan jiwa dan raga.

Lalu ku biarkan doa bertarung dengan takdir.

Semoga kita ditakdirkan hidup bersama mati berdua.

23 April 2019

Anakanda

Huluran tangan meluruhkan jiwa.
Bergurau senda jadi irama.
Jiwa mu putih tanpa noda.
Andai kau tahu hadir aku sebagai apa.
Tentu taufan melanda jiwa.
Apa saja yang melanggar norma.
Aku lah paling layak dihina.
Semoga yang indah buat kita.

-Quill Mall, 21.04.2019-

17 April 2019

Mahligai Firdaus

Kata Ustad, "ikat simpul sampai mati"

Kata Kasih, "buat sampai jadi"

12 April 2019

Suara

Kedengaran bahagia di halwa telinga.
Ringkas tapi cukup tersirat.

05 March 2019

Bear with Ribbon

The moment ko minta mama kau lanje natang ni, dia boleh cakap "kau ambik gambar suruh lah boyfriend kau beli kan..." sis krik krik krik

25 February 2019

Dosa Diri

Meratap merayu pada Nya.
Minta di lindungi aib diri.
Permintaan yang tidak selayaknya diberi namun langsung tidak malu meminta berulang-ulang.
Anehnya menjadi manusia sebal.
Tidak bersyukur atas kurniaNya.
Masih lagi dalam sedar lakukan yang ingkar.

22 February 2019

Ketakutan

When a lot things you what to talk.. it just hanging at you mind.

Screaming a lot.

Segala ketakutan hanya berlegar-legar di minda.

17 February 2019

More

Each day I love you more, today more than yesterday and less than tomorrow..

13 February 2019

Api cemburu

"lebih baik mati menanggung rindu dari mati menanggung cemburu"

entah berapa lama mampu untuk bertahan dan entah berapa lama dia bersungguh memberi aku kekuatan.

pedihnya hati ditoreh-toreh.
semoga aku kekal waras.


:')

03 February 2019

Halal

Cukup-cukup lah fikir yang tidak-tidak.
Ianya halal antara mereka.
Cukup-cukup lah cemburu yang tidak-tidak.
Ianya haram buat kita.

01 February 2019

Terlerai

Di saat pegangan tangan terlerai.
Yang terlihat adalah wajah kerisauan.
Apakah yang dalam hati bisa terlerai.
Atau dibiar tidak berkeinginan.

16 January 2019

Status

Tanggal 15/01/19
"Abah setuju dan suka, tapi berat pada status dia, tapi berbalik pada soalnya jodoh dan takdir...."

Hadapilah dengan tenang.
Apabila semua tidak setuju dan menjadi seteru.

Ada salah dan dosa yang telah tertulis.
Agar ini menjadi penguat jiwa.

14 January 2019

Keperluan

Bukan semua benda yang dizahirkan dapat difahami secara lahiriah.

11 January 2019

IzinMu

Aku pinta bersungguh-sungguh.
Dengan izinMu,
Permudahkanlah urusan kami.

10 January 2019

Tenang-tenang

Ada masa kita akan memilih berdiam diri.
Bukan kerana hati terasa atau merajuk hati.
Sekadar mengambil tempoh bertenang agar perilaku tidak dipengaruhi ego sendiri.

Tenanglah hati, ia memandai.