Selamat hari ulang tahun Kasih.
Tahun dua sambut bersama.
Terima kasih, Kekasih.
Moga kita sama ke Syurga.
28 October 2018
33, Kasih
Bertahan
Entah berapa lama mampu bertahan.
Sebelum langkah memulakan jarak.
Entah berapa lama harus bertahan.
Sebelum awan mula berarak.
Bagaimana mahu bertahan, bila hati mula tidak keruan.
Menjadi pertanyaan yang bermain di benak pemikiran.
Ahh selamat menikmati malam.
27 October 2018
Laju
Awal pagi bergerak dari utara ke ibukota.
Tolak segala pelawaan untuk singah sana sini
Dengan harapan akan dapat bertemu muka
Itu semua kerana rindu.
Aneh, bila hanya airmata yang menjadi peneman.
Mendengar khabar, kau juga ada urusan.
Dan aku sentiasa menjadi terakhir dalam setiap urusan.
Al-fatihah untuk hati sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)