Penat menangis.
Letih.
Penat bertikam lidah.
Pedih.
Penat bersabar.
Payah.
Penat dengan hal yang tidak sudah-sudah.
Kalau berkata meninggi suara adalah semudah menelan aksara yang terlahir.
Hebat.
Dari kecil menahan rasa.
Terhalang kerana rasa hormat yang masih bersisa.
Aku bukan lagi anak kecil yang mudah diberi arah dengan nada yang menjulang tinggi.
Dalam hendak mengajar aku, tidak perlu meninggi suara.
Entah sampai bila aku mampu menelan racun yang merosak jiwa aku sedikit demi sedikit.
Dan kini aku tidak lagi beria-ia mahu berkahwin seperti usia remaja aku dan bermimpi supaya ada seorang lelaki gagah yang berjaya menyelamatkan jiwa dan raga aku.
Mungkin, matinya diri akan merendahkan kau dari ego yang tinggi.
Mungkin. Mati jawapannya.