Kasih untuk pemilik jiwa
Sayang untuk anakanda
Memanggil aku bonda
Serasa ia sesuatu yang mulia
Terima kasih, Kasih.
Kasih untuk pemilik jiwa
Sayang untuk anakanda
Memanggil aku bonda
Serasa ia sesuatu yang mulia
Terima kasih, Kasih.
"Kadang, kau kena belajar tinggalkan benda yang kau sayang bilamana benda tu membuatkan kau lebih jauh dari Allah."
Hati menjadi kebal bila aku dibiar memahami sesuatu keadaan mengikut kefahaman aku sendiri.
Senyumlah, ombak yang membadai fikiran, menghempas pantai jiwa.
Doalah, supaya ia mampu mengekal rasa dan cinta.
Malah cinta ini akan lebih mendalam.
Kalau bukan untuk aku, bahagiakanlah dia apa yang telah dia ada.
:)
Hilangkan resah dan gelisah.
Tenangkan apa yang gundah.
Hidup dengan cara yang mudah.
Serah pada Allah.
:)
Melihat tidur mu yang diganggu.
Melihat lelah mu memikul segala isi dunia.
Melihat setiap jerih peluh mu didahi.
Melihat ada 1001 satu cerita kisah yang tidak didendangkan.
Aku bukanlah si hartawan yang memegang segunung emas.
Aku bukanlah rupawan yang punya segala kecantikan perhiasan.
Aku bukanlah siapa-siapa yang harus kau puja dan dicintai.
Sekadar peneman disisi sepi.
Dan aku tahu, bila bila tiba aku dibiar sunyi.
Dan setiap hela nafas mu yang aku dengar, itu tanda aku masih disisi setia menemani.
Cinta mati.
Selamat hari ulang tahun Kasih.
Tahun dua sambut bersama.
Terima kasih, Kekasih.
Moga kita sama ke Syurga.
Entah berapa lama mampu bertahan.
Sebelum langkah memulakan jarak.
Entah berapa lama harus bertahan.
Sebelum awan mula berarak.
Bagaimana mahu bertahan, bila hati mula tidak keruan.
Menjadi pertanyaan yang bermain di benak pemikiran.
Ahh selamat menikmati malam.
Awal pagi bergerak dari utara ke ibukota.
Tolak segala pelawaan untuk singah sana sini
Dengan harapan akan dapat bertemu muka
Itu semua kerana rindu.
Aneh, bila hanya airmata yang menjadi peneman.
Mendengar khabar, kau juga ada urusan.
Dan aku sentiasa menjadi terakhir dalam setiap urusan.
Al-fatihah untuk hati sendiri.
Penat menangis.
Letih.
Penat bertikam lidah.
Pedih.
Penat bersabar.
Payah.
Penat dengan hal yang tidak sudah-sudah.
Kalau berkata meninggi suara adalah semudah menelan aksara yang terlahir.
Hebat.
Dari kecil menahan rasa.
Terhalang kerana rasa hormat yang masih bersisa.
Aku bukan lagi anak kecil yang mudah diberi arah dengan nada yang menjulang tinggi.
Dalam hendak mengajar aku, tidak perlu meninggi suara.
Entah sampai bila aku mampu menelan racun yang merosak jiwa aku sedikit demi sedikit.
Dan kini aku tidak lagi beria-ia mahu berkahwin seperti usia remaja aku dan bermimpi supaya ada seorang lelaki gagah yang berjaya menyelamatkan jiwa dan raga aku.
Mungkin, matinya diri akan merendahkan kau dari ego yang tinggi.
Mungkin. Mati jawapannya.
Kadang kita terlalu selesa sehingga kita lupa ada hati yang perlu dijaga.
Kadang kita terlalu selesa sehingga kita rasa hati dan fikiran kita sama.
Tapi kita lupa, kita dua manusia yang berbeza yang kongsi cinta.
Kongsi rasa.
Dan itu yang perlu dijaga.
Maaf pemilik jiwa.
Aku ingat lagi kawan aku berkongsi cerita.
Bila aku bertanya perihal apa yang kau memilih dia.
Jawapan mudah, "dia boleh duduk semeja dengan kawan-kawan aku, seperti mana aku boleh duduk sebelah dia teman dia main game dan tonton movie yang dia download sedangkan kau tahu aku bukanlah jenis manusia yang suka menonton."
Nampak simple, tapi itu yang menjadi pilihan.
Benar, sepanjang bertahun dia duduk dgn keluarga aku, bila aku tengok tv dia akan terperap dalam bilik. Atau berada diluar bilik dengan menghadap laptop baca itu ini.
Dan benar juga, pasangan dia tidak pernah tidak untuk kata tidak bila aku atau dia nak berjumpa atau kemana-mana malah lau tidak halang, sibuk nak mengikut.
Hehehe semoga bahagia kawan.
Another story will create #triplari
Thanks Love for understand my current mood.
I just need a break.
And thanks for loving me so much.
Im so sorry if my atitude is a burden you.
I just know that i love you so much.
But im so sorry too if my love keep hurting your soul and keep bothering your mind.
Im sorry.
I love you.
Dia bersedih untuk kisah yang tak pernah sudah.
Membuat hati menjadi walang, jiwa menjadi keras.
Dia gembira untuk kisah yang tak akan pernah goyah.
Membuat hati menjadi lapang, jiwa menjadi teras.
Dia cuba berdiri setelah kisah dulu berhempas pulas disetiap urat.
Kini dia berdiri lagi mencipta kisah kisah yang berwarna pelangi di setiap nadi.
Kisah cinta.
Kisah kita.
Definisi rindu bagi aku.
Bertemu muka,
keberadaan disisi,
mendengar celoteh itu ini,
Tiada jarak yang memisahkan.
Namun, masa sentiasa cemburu dan berterusan menang.
Semakin hari semakin tamak.
Tiada kata yang boleh difahami.
Maka, air mata menjadi penyejuk hati.
Rindu.
Bila kau tengah rehat rehat dalam surau awam, hujung lirik mata kau perasaan persona lelaki masuk.
Tindakan refleks, cepat ambik tudung, cover rambut.
Kemudian terus bangun duduk, mula panas, kenapa kakak yang berhadapan pintu tidak menegur, ini surau wanita.
Dia? Pelahan-pelahan beliau hamparkan sejadah, keluarkan telekung dalam bag dan berlalu mengambil wudhuk.
Aku? Nasib tidak lancang mulut menegur "hey ini surau wanita.."
Moral, pandanglah secara keseluruhan. Bukan sekadar lirikan hujung mata. Terang-terang beliau adalah figura wanita yang hanya berambut pendek, berkemeja dan berseluar slack.
Bila kau hanya dengar suara dalam masa 54saat.
Dan kau tahu, kau rindu.
Bila air mata jatuh tanpa sebab.
At the moment.
I know, I will give anything and everything.
But please, love me sincerely.
Looks like, I'm crazy about you.
Sebagai manusia, aku tak terlepas dari pengaruh pengaruh dan anasir anasir yang bersifat negativiti.
Retorik bukan.
Sedaya upaya berusaha. Manusia yang lain mudah menyebut. Tapi yang telan hadam, adalah manusia sejenis aku.
Selemah lemah makhluk.
Entah.
Kalau bertanya kisah dahulu, kenapa aku bertahan bertahun-tahun sedangkan dia melayan aku "tanpa ada rasa".
Bukan sahaja aku yang rasa, bahkan orang yang sekeliling aku juga melihat dan merasakan benda yang sama. Tanpa rasa.
Aku bertahan, sebab aku rasa, dia seorang je yang terima aku ada apa nya. Dia je aku ada. Tiada pilihan lain.
Mungkin sebab itu, aku bertahan, ibu bapa mengetahui, kenalan kenal, heboh update, mentioned, tagged kat facebook, seolah-olah dialah raja dihati. Tergedik-gedik nak kenal keluarga. Disebabkan semua dah tahu, aku pilih untuk bertahan, supaya aku tak malu, keluarga tak malu, kalau kalau suatu hari ia menjadi.
Hakikat, rancangan Allah SWT lebih hebat, bukan sahaja tak menjadi, tapi terus menyepi.
Selepas itu, bertahun aku hadap, soalan "bila kau nak nikah dengan orang Terengganu tu?" Tapi bila aku jawab, "dah tak kawan." Seolah-olah mereka tak sangka. Yela, 5 6 tahun bukan jangka masa pendek, tambah-tambah bila aku didera dari segi emosi dan mental.
Murung. Yes!
Tanyalah kawan rapat aku, betapa setiap bulan aku sakit, cuti sakit, migrain seteruk-teruknya. Aku hidup dengan ubat-ubat. Cubaan lari dari rumah. Bawak diri. Dialah peneman.
Jadi, kenapa perlu bertahan sekiranya sudah tiada rasa?
Fikirlah diri sendiri terlebih dahulu, diri yang perlu bahagia agar kita mampu memberi bahagia pada yang lain.
"Waktu tu abang dah ngorat sayang"
How i wish you can see my smile. Lebar weh.
Make it real baby. I dont need any promises anymore. Just show me your action that you will be mine, and im is yours.
Love you
Kadang-kadang kau cuma mahu segala kehendak dan keinginan dituruti.
Ya, pentingkan diri.
Tapi hakikat, segala perkara akan ditimbang tara supaya segalanya mencukupi.
Realiti.
Punya asyik bercinta sampai kehabisan minyak.
Lepas tu pandang each other bila kereta main jiwa tak hidup bebetul.
That moment, i know, i love him deeply and madly.
Bila aku tak reti mengunakan kata rindu sebagai rindu malah membuat pelbagai tingkah sendu.
Bila aku tak reti menggunakan kata cinta sebagai cinta malah membuat kita berentak pelbagai irama.
Bila aku sering mengingatkan diri sendiri jangan cuba jadikan kau hak milik tersendiri, maka aku yang menanggung sedih tak terperi.
Love you more.
#panahcintadalamhati
#janganpujasampaikecewa
Terasa ada sentuhan litrik, sewaktu kau gengam erat tangan aku secara tiba-tiba.
And make my heart "dup dap dup dap".
One day, someone will walk into
your life and make you see why it
never worked out with anyone
else's.
"The biggest jungle in this world is nothing but the human mind."
Bermacam-macam perkara yang bermain dalam fikiran.
Seluas-luas langit,
Sebesar-besar alam,
Hanya Allah swt yang mengetahui sudut hati yang dalam.
Dalam bersahaja aku melafazkan "yela...nak kahwin dengan dia.." semoga ia menjadi lintasan doa yang dimakbul Allah sewaktu mustajabnya turunnya hujan.
Amin.
Bukan percubaan pertama kali.
Tapi pertama kali hiking with niqaab.
Alhamdulilah.. 😍
Post gambar dengan niqaab, adalah dua tiga keping kat media sosial.
Mama dengan abah tak bertanya, its okay for them? 👉👈
Hopefully okay.
"Jadi isteri.. Jadi yang halal.. Gengaman tangan yang lebih bermakna.."
Bukan sekali dua aku dengar dan aku baca.
Kadang aku cuma mahu ia pergi sepintas lalu.
Bukan apa.. Takut tak menjadi seperti yang lepas.
Tidak mahu terlalu berharap, walau hakikat aku telah mula memasang angan dan impian.
Mungkin, hadirnya atas segala rintih aku yang dahulu.
Semoga Allah SWT redha untuk sekian kalinya.
Amin.
Rumit kiranya kisah cinta kali ini.
Tapi serasa ini yang paling membahagiakan.
Mama bertanya,
"kawan seperti apa kalau setiap hari bertemu muka?"
Dan aku cuma tersenyum mesra.