Jiwa Penuh Chenta

Monday, October 22, 2012

Gadis Bodoh!

ada seorang gadis bodoh yang menunggu jejaka idaman hati dengan setia.
dalam keadaan cuaca silih berganti.
gadis setia menanti.
hebat kuasa cinta.

lama gadis menunggu.
berbulan tidak ketemu.
yang tak jemu-jemu merindu.

jejaka datang, hati gadis berdegup kencang.
jejaka masih sama diawal pertemuan dulu.
jejaka kata dia perlu ke suatu tempat.
ada urusan dunia mahu diselesaikan.

gadis bodoh ini tarik muka.
hati tengah rindu.
boleh pula si jejaka turun kesana
yang dulu gadis beria-ia mengajak.

gadis cuba memberontak.
menarik muka.
jejaka kata jejaka pulang semula.
gadis tunggu dengan hati yang sebal.

hampir 5 jam gadis tunggu.
gagah untuk menunggu atas dasar rindu.
gadis yang selama ini tak suka menunggu.
nah! karma telah menampar muka gadis.

dalam hujan lebat.
gadis keluar dari tempat perteduhan.
pergi kerumah jejaka.
sisipkan di pagar 9keping tiket percuma.

yela benda percuma.
patutlah jejaka buat tak endah.
benarlah..
sayang jejaka tak seperti gadis sayang jejaka.

gadis pulang ke rumah.
pujuk hati.
kononnya ada hikmah.
ada sebab kenapa jejaka tak dapat pulang ke tempat gadis menunggu dengan setia.

gadis on hp pintarnya.
bunyi bbm masuk
"sorry, saya rasa tak dapat nak gi"
gadis pandang sepi.
gadis cuma balas "terima kasih buat saya menunggu, call tak angkat-angkat. terima kasih"

tiba-tiba gadis terfikir
[kenapa aku tidak menangis]






No comments: