Jiwa Penuh Chenta

Sunday, July 22, 2012

Penjaga Hati

setiap yang ada dimuka bumi ini bertuan.
begitu juga kita. 
tuan kita, ALLAH SWT

semua yang kita ada milikNYA. 
apa hak kita nak rasa bangga apa yang kita ada.

begitu juga setiap rasa yang aku rasa
cinta, kasih, sayang, rindu.. 
semua pinjaman. 

diberi peluang untuk merasa anugerah ini.

dan aku mohon, 
peluang yang ada ini, aku guna sebaiknya.

telah aku berikan sekeping hati pada si dia.
mohon dijaga sebaik mungkin
kalau terlepas pandang ada yang sakit, pedih 
segalanya berkaitan dengan hati.
tapi itulah dia. telah diberi padanya. 

dia pegang semua emosi aku.
pernah kau orang semua rasa macam aku rasa?

kau akan gembira bila dia ada?
kau akan senyum bila dia buat lawak bodoh?
kau akan sakit bila dia pandang perempuan lain?
kau akan ketawa bila dia bengang dengan kau?
kau akan rasa sunyi bila dia menyepi?

dalam satu situasi semua rasa kau akan rasa? 
pernah???

tapi ini kerja manusia.. ini rasa bila dengan manusia.

bagaimana pula dengan tuan yang mencipta kita??.

ALLAH SWT, 
pernah sekali aku rasa sunyi, aku rasa sedih, 
aku berlari mencari MU..
aku kejar setiap langkah yang diatur untuk aku turut perintah.
aku cuba jauh dari setiap arahan yang dilarang.

namun,
godaan dunia terlalu kuat. terlalu hebat.
tapi aku masih percaya bahawa kau uji hamba mu mengikut kemampuannya.

aku mampu sebenarnya bukan?!
moga Ramadhan kali ini ada sedikit kelainan dalam hidup aku, untuk keluarga aku.

Insyallah.


 

No comments: