Jiwa Penuh Chenta

Monday, September 20, 2010

besi atau bunga??

Aku degil.. degil aku dalam diam..

Selain degil, aku agak happy go lucky.. banyak kot.. dan gila-gila...
Tak suka dibuli. . aku benci dengan ugutan..  sangat suka dengan bau laut.. manja dengan semua orang...terlupa lak ego mainan jiwa....

aku suka bila orang beri perhatian aku. Bila orang kata sayang aku, aku cair macam cokelat, lemah, dan aku ingat sampai mati.  Sebab aku pendendam. Cepat percaya, cepat terluka.

Aku benci bila perhatian untuk aku itu di alihkan. Bila aku rasa teralih aku cemburu, aku memberontak dalam diam. Tapi aku pantau dari jauh. Aku ikut rentak. Hati yang sakit. Aku biarkan. Aku abaikan. Lepastu aku tengok balik bila rindu.. isk. aku suka skandal sebab aku benci komitmen.. ye, ni kata2 seorang yang tak suka akan tangungjawab... 

Itulah yang terjadi pada semua yang aku kata sayang. Walau pun aku dan mereka bukan darah daging, setakat belanja duit masuk toilet pun aku ingat sampai mati.

Tangan yang memberi tu memang mulia. Dan tolonglah sedar yang tangan menerima ni berbunga hatinya, besar harapannya. Nasihat, canda tawa, peluh, peluk cium, gurau manja tu semua dikira..

isk.. boleh kah dikira aku sebenarnya perasan atau bahasa paling kejam syok sendiri???

 

2 comments:

Aidy Shahiezad said...

huish...
dah kronik penyakit jiwa nie... :p

my latest entry post:
Persoalan Tiada Jawapan..
(http://aidyshahiezad.blogspot.com)

Illyani Ismail said...

aidy, haha kronik? nasib bdan kan.. hahaha