Jiwa Penuh Chenta

Monday, November 16, 2009

Oh Adik!!

nak marah ni... haha tapi still le senyum n ketawa lagi..
aku tak nak ar umur muda tapi dah berkerut2.. hahah

dik, tolong la dengar cakap ku...
dik, tolong la dengar cakap mak ko...
dik, tolong la dengar cakap ayah mu...
dik, tolong la.. tolong la...

dik, pompuan tu yang ko nak jadikan bini ke? ko muda lagi dik sependa ko pun mak ayah ko beli ada hati ko nak kami dengar kata ko... makan minum ko pun kami tanggung ko ada hati nak suh kitaorang faham ko....

dik, ko sedar tak apa ko buat skang ni.. ko sedar tak dik.. ke pompuan tu dah guna2 kan dik.. aku minta la perkara2 tu dijauhkan..

dik, aku mintak kau pandai la berfikir.. hidup ini bukan la semata2 untuk berseronak (lec ku selalu guna untuk menggantikan perkataan seronok... ) dik, ke akal ko lum cukup tuk berfikir mana yang elok dan mana yang tak elok...

dik, aku nak tanya ko ni...

andai kau jalan2 suatu hari nanti ko terserempak dengan orang tua ko bt per dik? ko nak bagi sedekah ke nak sepak teranjang dia dik.. fikir la dik.. ????

hidup ni hanya sekali.. kalau berkali2 aku pun nak gak enjoy macam ko dik.. isk..isk.. fikir dik.. cikgu aku cakap fikir itu satu seni jadi fikir la dik... best apa fikir ni.. cuma penat sikit je la.. tapi best dik.. ko akan rasa luas nya dunia ni.. dan ko akan cakap "banyak lagi yang belum aku teroka rupanya.."

dik, aku pun masih mencari dik. kadang2 aku tak tahu apa yang aku cari dik.. jadi dik, dengar la kata mak ayah dik....


teringat aku dengan lagu sudirman tajuk ayah ibu....


Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

dik, kalau ko nak selamat dunia dan akhirat, dik dengar la cakap dik... hurm.. senang je dik perkara yang aku mintak.. dengar cakap yer....

dik, baca dan fahami ayat ni dik.. teliti betul2...

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”


No comments: