Jiwa Penuh Chenta

Tuesday, July 21, 2009

SURAT CINTA BUAT SEORANG HAWA..

Cemburu kulihat Sang Punguk memadu rindu dengan Sang Bulan. Cemburu kulihat Sang Helang terbang berdua-duaan. Cemburu jua aku pada Si Belangkas yang hidup berkasih sayang. Tapi aku terus kepiluan. Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi hawa yang dulu…

Kuterbang bebas dalam duniaku, ibarat sang helang yang gagah melebar sayap diufuk timur, berani.. kuibaratkan kau Hawa umpama sayap kiri ku ini. Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki. Ku terbang setinggi-tingginya meredah awan tanpa ada tembok yang membataskan, tanpa ada dinding yang menghalang. Tatkala sesekali, bayu kencang menerjah, kuterbang rendah.

Hawa..
Bukan kutewas dengan bayu nan kencang. Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan. Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat.. kutidak mampu melangkah ribut yang menggila mengikut haluan.. berat untukku menghadapinya dengan sayap kanan cuma. Kau tahu Hawa aku jadi derita…

Hawa..
kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan.. Ku bawamu bersama dalam kepayahan.. Kau memarahiku kerana egoku, kau leteri ku semahumu. Tanpa kau dengari kalamku. Andai aku hilang ego lelaki, maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan, kerana ego menciptakan karisma dan kepimpinan..

Namun taktala egoku menjadi egoisme, maka di situ aku perlukan teguran. Terbang di langit tinggi tanpa batasan, sering ku terbabas, hilang arah dan terbang diawanan.. menjadi jaguh helang terbilang. Tapi tafakur sejenak di pepohonan..

Hawa..
kau diciptakan indah, bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya, tapi daripada rusukku, dekat dengan dada untuk dilindungi , dekat pula dengan hati untuk disayangi dan dicintai.

Hawa..
dulu kuperlukan mu sebagai teman berbudi. Menemani tugas beratku sebagai khalifah dibumi. Kaulah cerminku yang sentiasa memuhasabah diri. Tapi kini, keindahanmu yang sering kupuja, kau salah erti.. kau tampil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan..

Kaumku kekaburan. Matanya bertelanjangan. Hatinya lemas ditelan keasyikkan. Ah, memang kaumku suka mengambilkan kesempatan. Tapi kenapa kau jual dirimu bak barang pameran?? Dimana hilang malumu yang menjadi pakaianmu..

Tidakkah kau tahu, tubuh montokmu jadi hidangan enak buat mata, tapi racun pada jiwa. Aku bisa terhumban ke neraka kerananya. Kau gunakan keistimewaan mu untuk menggoda. Airmata untuk menipu daya dan panahan matamu untuk melemahkan iman..
Oh Hawa, aku rindukan Hawa yang dulu. MALU, TERJAGA, TERPELIHARA…

Hawa,
kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok, perlu berhati – hati untuk ku luruskan. Lantaran itu, kudatang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam dikaki.. bukan juga mengugut dengan paruh yang berbisa.. tapi supaya direnung bersama. Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri..

Dengarlah bisikan kasihku, sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu – sesuci Maryam, seteguh Asiah, setulus Asiah, setulus Khadijah, setabah Fatimah…
Hawa, namamu indah, biarpun dimana, disegenap jiwa..
kaulah ibu, terukir kasih dipaparan dada..
kaulah kekasih, dirindui saban ketika..
kaulah puteri, pengubat duka, penyejuk mata..
kaulah adik, pemberi semangat paling berguna..
kaulah mukminah, terukir indah di setiap dada..

Ketahuilah hawa, kau ku puja..
kerana dari rahimmu melahirkan kaumku yang berhati waja..
kerana ayunan lembut tanganmu membesarkanku denga terjaga..
kerana kewanitaanmu teman hidup tempat cintaku berbicara..
kerana kau ladang tanaman, taman nafsu ku yang bergelora..
kerana kau adalah hiasan, paling indah dari dunia seisinya..

Maka, ku datang padamu hawa.. membawa ubat penuh cinta..ubati lah dirimu.. agar kudapat terbang menguasai angkasa dan alam.. dengan kedua – dua sayapku yang kuat dan mantap.. agar bukan sahaja ku dapat menongkah angin nan kencang.. bahkan sayapku kibar dengan penuh bangga.. mencipta angin…

2 comments:

Ika Razak said...

wah.. ko ni betul2 jiwang kan????

Illyani Ismail said...

haha aku jiwang... mana ada la...
aku bukan pandai menulis pun... ni just copy n paste jer....